KERJASAMA USAINS, AWQAF DAN USM BELI MESIN PERUBATAN

USM, Kubang Kerian, 4 Februari 2019 - Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan melalui anak syarikat korporatnya iaitu USAINS Tech Servis Sdn Bhd telah menerima kunjungan Ahli lembaga Pengarah AWQAF Holding Berhad dalam program kerjasama untuk pembelian mesin perubatan.

AWQAF

Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan dan mengenalpasti mesin perubatan yang akan dibeli bagi tujuan membantu pesakit melalui skim wakaf.

Timbalan Pengerusi AWQAF, Mohamad Sahar Mat Din berkata, pihaknya memfokuskan bagaimana untuk mengumpul, menjana pendapatan dan membantu masyarakat terutama golongan B40.

"Sebagai pengendali harta wakaf, Penjanaan AWQAF tidak memberi keuntungan kepada mana-mana individu dalam AWQAF, tetapi AWQAF mencari peluang untuk menambah pendapatan supaya dana yang ada boleh terus dijana untuk membantu masyarakat yang memerlukan," katanya.

Cadangan awal merupakan pembelian mesin 'ECHOCARDIOGRAPHY' yang bernilai sekitar RM 200 ribu, yang mana pembelian mesin ini merupakan keutamaan buat masa kini.

Rombongan lawatan ini disambut oleh Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato Dr. Ahmad Sukari Halim bersama barisan pengurusan Kampus USM.

Hadir sama Pengarah Kumpulan USAINS, Tan Sri Datin Paduka Siti Saadiah Sheikh Bakar, Timbalan Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr Adam Husein, Pengarah Eksekutif Ketua Kumpulan Perubatan USAINS, Profesor Dato Dr Mafauzy Mohamed, Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Profesor Madya Dr Mohd Fadhli Khamis dan Timbalan Pengarah Klinikal Hospital USM, Dr Nik Min Ahmad.

Teks dan Foto: Mohd Hafiz Ya'acob

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 21 Mei 2019.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.