ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

KEPAKARAN USM BANTU PERKASAKAN EKONOMI OKU


318a7935 3c94 4117 985f ca94a27aaa04

USM KUBANG KERIAN, 21 September 2018 - "Kepakaran yang ada di Universiti Sains Malaysia (USM) terutamanya tenaga pengajar terlatih sangat membantu dalam memberikan kemahiran serta melatih golongan orang kurang upaya (OKU) meneruskan kehidupan seperti orang biasa,"  demikian kata Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kelantan, Said Sidup.

Menurutnya, pihak JKM amat berterima kasih kepada USM khususnya Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) yang menganjurkan bengkel 'Penggunaan Teknologi Atas Talian Bagi Mempromosikan Produk Memperkasakan Ekonomi Pusat Dalam Komuniti (PDK)' dikendalikan oleh fasilitator yang berpengalaman dalam bidang teknologi maklumat dan turut menyediakan tempat serta peralatan seperti komputer bagi memudahkan peserta membuat latihan amali sepanjang bengkel berjalan.

493bf44a 546b 4788 9681 ce83780e69ee

"Usaha USM yang komited dalam melatih dan memperkasakan golongan OKU sehinggakan ada peserta-peserta PDK yang mampu mengurus diri sendiri serta mendapat pekerjaan yang bersesuaian telah meletakkan JKM Kelantan antara yang terbaik dan mendahului negeri-negeri lain," katanya semasa merasmikan bengkel tersebut yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di PPSK, USM Kampus Kesihatan. 

Seramai 50 penyelia dan petugas PDK dari seluruh negeri Kelantan telah menyertai bengkel tersebut yang dianjurkan oleh Unit Transformasi OKU, PPSK dengan kerjasama JKM, Negeri Kelantan.  

d4280b0c d41f 45d7 be46 559a9c50e157

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dekan PPSK, Profesor Dr Norazmi Mohd Nor, Penasihat Program Transformasi OKU, PPSK, Profesor Madya Dr Mohamed Saat Ismail, Penyelaras Unit Transformasi OKU, PPSK, Dr Mohd Zulkifli Abdul Rahim dan Penyelaeas Unit Interdisiplinari Kesihatan PPSK, Dr Rohani Ismail. 

Teks: Lailatul Hafiza Abdul RashidFoto: Mohd Asrar Mohd Rokeman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 27 Januari 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.