ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

PENGIMEJAN DAN PERCETAKAN 3D DALAM BIDANG PERUBATAN DAN PERGIGIAN


USM, KUBANG KERIAN, 21 Oktober 2018 - Pengimejan adalah salah satu alat yang paling penting untuk doktor perubatan dan pergigian menilai serta merekod saiz dan bentuk struktur oral kraniofasial. Imej tiga dimensi (3D) telah dibangunkan pada awal tahun 1990-an dan telah diaplikasikan dalam pergigian, terutamanya bidang 'Radiology Oral Maxillofacial' untuk memudahkan para doktor melihat bahagian 'Oral Maxillofacial' dengan menggunakan pancaran atau radiasi gelombang untuk tujuan diagnostik.

Profesor Dr Zainul Ahmad Rajion2

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Zainul Ahmad Rajion ketika menyampaikan syarahan umum berkata, ekoran pengenalan imej 3D, doktor mempunyai peluang yang baik untuk menilai struktur anatomik 3-dimensi dalam pergigian kerana perisian komputer membantu untuk mengumpul dan menganalisis koordinat 3D secara langsung dari imej-imej 'Cephalometric Digital' supaya pengesanan secara manual dan digitalisasi dengan tetikus pada skrin telah ditinggalkan.

"Pengimejan dan percetakan 3D dalam bidang perubatan pergigian masih baharu di negara kita. Namun, universiti tempatan dan agensi kerajaan lain telah mula menggunakan alat dan kaedah ini dengan meluas di bidang kecacatan kraniofasial untuk tujuan rawatan ke atas pesakit tetapi masih di peringkat awal.

"Salah satu teknologi percetakan 3D yang digunakan di PPSG USM adalah untuk keperluan bioperubatan menggunakan pencetak 3D dengan sistem berasaskan polijet," ujarnya.

Profesor Dr Zainul Ahmad Rajion3

Menurut Zainul, sistem ini mampu menghasilkan keliangan yang tinggi dengan struktur berlapis dan mempunyai kekuatan mekanikal yang baik serta jenis biobahan berasaskan polimer yang boleh digunakan dalam sistem ini adalah terhad.

"Adaptasi terhadap sistem perlu dilakukan terlebih dahulu untuk memanfaatkan kelebihan kaedah tersebut.

"Sistem pencetak 3D berasaskan polijet digunakan untuk pembuatan acuan implan kepala tulang yang kompleks dengan kaedah pengacuanan menggunakan polimer 'Polymethylmethacrylate' (PMMA)," jelasnya lagi.

Tambah Zainul, di Malaysia, kaedah penghasilan implan untuk kranioplastik masih menggunakan kaedah cranial atau intra-operatif dengan bahan PMMA sedangkan negara maju lain telah menggunakan pencetak 3D untuk mencetak titanium dan polyetheretherketone (PEEK).

Dr zainul

“Kekangan terhadap perkara-perkara bukan teknikal seperti peralatan dan harga bahan yang mahal menghalang teknologi ini digunakan di PPSG. Oleh itu, penyelidikan perlu dikembangkan untuk menghasilkan bahan termaju yang boleh digunakan melalui sistem pencetakan 3D sedia ada.

“Sehingga kini, bahan berasaskan polimer yang sesuai digunakan dengan kaedah pencetakan 3D berasaskan FDM yang jauh lebih murah telah dikenalpasti dan dalam proses penyelidikan tersebut,” katanya lagi.

Teks:Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Mohd Amin Syafiq Sakri

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 01 Jun 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.