SYARAHAN UMUM PROFESOR KUPAS ISU PERAWATAN MUKA CEKUNG - Kampus Kesihatan

LAMAN RASMI USM KAMPUS KESIHATAN  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log Masuk

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

SYARAHAN UMUM PROFESOR KUPAS ISU PERAWATAN MUKA CEKUNG

USM KUBANG KERIAN, 21 Oktober 2018 - Setiap manusia tidak kira lelaki mahupun wanita sentiasa mengimpikan wajah yang cantik kerana wajah adalah aset penting bagi setiap individu.  Bahagian pipi yang terlalu cengkung membuatkan penampilan tidak bermaya dan ianya boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri.

Profesor Dr Rozita Hassan1

Pakar Kraniofasial Ortodontik yang juga Pensyarah Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Rozita Hassan mengupas teknik perawatan muka cengkung bagi mereka yang mengalami masalah tersebut berkata, Kraniofasial Ortodontik merupakan satu bidang yang mampu merawat profil wajah cengkung.

"Beberapa konsep rawatan konvensional muka cengkung telah mengalami revolusi dengan pelbagai penyelidikan contohnya rawatan intervasi profil muka cengkung dalam kalangan remaja dewasa dan kaedah ini memberi hasil yang memberangsangkan kepada profil rangka, tisu lembut dan kegigian.

Profesor Dr Rozita Hassan2

"Penggunaan 'mini screw' sebagai ankortulang rahang di dalam intervasi ini memainkan peranan dan apa yang lebih penting, kajian ini tiada sebarang kesan sampingan terhadap kesihatan sendi rahang atau sendi temporommandibula selepas tamat rawatan", ujar beliau semasa menyampaikan syarahan bertajuk, Kraniofasial Ortodontik: Rawatan Profil Wajah Cekung Di Alaf Baharu.

Menurut Rozita, di Asia Tenggara, kes muka cengkung lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat dan Eropah.

"Di negeri Kelantan, 15 peratus daripada pelajar sekolah menengah dalam lingkungan umur 12 hingga 17 tahun dari daerah Kota Bharu didapati mempunyai wajah profil cengkung," ujarnya lagi.

Profesor Dr Rozita Hassan3

Majlis syarahan umum yang menampilkan tiga orang profesor dari PPSG dalam bidang kepakaran masing-masing berlangsung di Dewan Utama Kampus Kesihatan, di sini dengan dihadiri kira-kira 700 orang jemputan.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, Profesor Dato' Dr Ahmad Sukari Halim, pegawai-pegawai utama universiti, warga kampus serta pelajar-pelajar sekolah yang dijemput.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Mohd Amin Syafiq Sakri

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 18 November 2018.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown