MODUL PEMBELAJARAN USM BANTU LATIH OKU BERDIKARI

7fb644c3 ef39 4180 a0a4 a1893dc0b437

PENGKALAN CHEPA, KELANTAN, 9 Januari 2019 – Penubuhan Pusat Latihan Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) Masalah Pembelajaran di Rumah Sri Kenangan, Taman Kemumin merupakan satu platform bagi membangunkan dan melatih OKU untuk berdikari dan ianya merupakan kolaborasi antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kelantan, Unit Transformasi, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Cakna OKU Negeri Kelantan.

Pengarah JKM Negeri Kelantan, Said Sidup dalam ucapan perasmiannya berkata, penubuhan pusat ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan latihan sehingga mereka berkeyakinan dan boleh berdikari serta dapat membina kerjaya dalam bidang pertanian atau perniagaan.

95d5837c f857 47f3 92bc 2b28041de3b4

“Pelatih OKU akan mengikuti latihan selama satu hingga enam bulan bergantung kepada keperluan mereka dan dalam tempoh ini mereka akan mengguna pakai modul pembelajaran yang dibangunkan oleh pihak Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM.

1ca5df09 c5f8 4224 b983 13dc2ff5124d

“Pusat Latihan ini dibangunkan pada Mac 2018 dan dijangka akan membuat pengambilan pelajar pertama seramai 20 perintis pada 7 Februari ini yang mana para peserta terdiri daripada golongan OKU masalah pembelajaran berumur 18 tahun dan ke atas,” ujarnya semasa merasmikan pusat latihan tersebut hari ini.

Tambah Said, selaras dengan dasar OKU, mereka berhak untuk mendapat kesamarataan dan penyertaan penuh dalam masyarakat terutama peluang pekerjaan supaya boleh hidup berdikari dan bebas dari belenggu masalah ekonomi.

c3391dd3 80c2 4ad7 abaa 3e09a1904393

“Projek seumpama ini jelas memberi peluang kepada OKU untuk meningkatkan ekonomi dan kemahiran berdikari untuk menerokai peluang baharu serta bersaing di pasaran terbuka yang lebih luas lagi,” jelasnya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Dekan Akademik, Pelajar dan Alumni PPSK USM, Profesor Dr Wan Rosli Wan Ishak, Pensyarah PPSK USM, Profesor Madya Dr Mohamed Saat Ismail dan Dr Mohd Zulkifli Abdul Rahim.

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 14 November 2019.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.