logo

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

-

GARIS PANDUAN UNTUK PERMOHONAN KELULUSAN ETIKA HAIWAN BAGI PROJEK YANG DIJALANKAN DILUAR MALAYSIA

  1. Penyelidik perlu memohon kelulusan etika haiwan dari JKPPH USM kerana pelajar berdaftar dengan USM. Kajian hanya boleh bermula apabila kelulusan JKPPH USM diperolehi.
  2. Penyelidik juga perlu memohon kelulusan etika haiwan dari tempat kajian dijalankan. Salinan kelulusan etika haiwan dari tempat kajian dilakukan perlu diberikan kepada JKPPH USM semasa permohonan dibuat. Sekiranya kelulusan daripada tempat kajian dijalankan bukan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, terjemahan kelulusan tersebut perlu dibuat. Kelulusan JKPPH USM akan diberi setelah JKPPH USM menerima salinan kelulusan dari tempat kajian dijalankan.
  3. Penyelidik perlu mematuhi peraturan dan undang-undang Malaysia serta peraturan dan undang-undang negara di mana kajian akan dijalankan.
  4. Kajian tersebut perlu ada Penyelia Lapangan atau Penyelidik Bersama dari kalangan staf akademik dari institusi di mana haiwan akan ditempatkan. Tandatangan Penyelia Lapangan atau Penyelidik Bersama perlu ada di dalam borang.
  5. Kedua-dua kelulusan etika perlu dinyatakan dalam tesis. Untuk tujuan penerbitan, penyelidik boleh memasukkan kelulusan etika dari tempat di mana kajian dijalankan, dan tidak wajib memasukkan kelulusan etika daripada JKPPH USM.
  6. Sekiranya diminta oleh JKPPH USM, borang permohonan bagi proposal penyelidikan yang telah dihantar untuk kelulusan dari tempat kajian dijalankan perlu dikepilkan. Terjemahan beberapa bahagian borang (sekiranya bukan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) perlu dilakukan oleh penyelidik jika diminta oleh JKPPH USM.

 

GUIDELINE FOR THE APPLICATION OF ANIMAL ETHICS APPROVAL FOR PROJECTS CONDUCTED OUTSIDE OF MALAYSIA

  1. Researchers are required to apply for animal ethics approval from USM IACUC as the students are registered under USM. The study can only start when the approval from USM IACUC is obtained.
  2. Researchers are also required to apply for animal ethics approval from the study site. A copy of the animal ethics approval from the study site must be submitted to the USM IACUC when the application to IACUC is made. If the approval from the study site is neither in Malay nor English, a translation of the approval must be provided. The USM IACUC approval will only be issued after a copy of approval from the study site is submitted to USM IACUC.
  3. Researchers need to comply with the rules and regulations of Malaysia as well as the rules and regulations of the country where the study will be conducted.
  4. There should be a Field Supervisor or Co-Researcher among the academic staff from the institution where the animals will be housed. The signature of the Field Supervisor or Co-Researcher must be in the form.
  5. Both ethical approvals need to be stated in the thesis. For the purpose of publication, researchers are encouraged to state the ethical approval from the place where the study is conducted; it is not mandatory to include ethical approval from USM IACUC.
  6. If requested by USM IACUC, researchers need to attach the animal ethics application form from the study site. The translation of some parts of the form (if neither in Malay nor English) must be provided by the researcher if requested by USM IACUC.

Contact Us

USM Institutional Animal Care and Use Committee (USM IACUC)
Health Campus
Universiti Sains Malaysia
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel : +609-7672366

Email: jkpph@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 18 May 2023.