Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

200 KIT KEPERLUAN KESIHATAN UNTUK PESAKIT HOSPITAL USM SUMBANGAN MYHEART

Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima kunjungan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Jantung Malaysia (MyHeart), Dr. Ahmad Luqman Ahmad Shuhaili bagi penyerahan sumbangan 200 kit keperluan pesakit. 

Kit berupa susu, keperluan peribadi dan penjagaan kesihatan yang disumbangkan itu akan diagihkan kepada pesakit jantung dan kanser dewasa mahupun kanak-kanak yang sedang menerima rawatan di Hospital USM.

 

f6f7a248-9730-494c-a65f-d40ceb84fbed.jpg

 

Dalam perbincangan ringkas bersama Timbalan Pengarah Klinikal Hospital USM, Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria, pihak MyHeart berhasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan Hospital USM dalam membantu pesakit dari segi keperluan perubatan dan perawatan.

 

6a66ef4b-1c46-4ff2-840a-b20c0f21c1f4.jpg

Turut hadir dalam perbincangan itu ialah Ketua Jabatan Perubatan Nuklear, Radioterapi dan Onkologi, Dr. Wan Fatihah Wan Sohaimi, Ketua Perkhidmatan Pentadbiran dan Latihan, Unit Klinikal, Dr Tengku Mastura Tengku Mohd, Penyelia Jururawat, Dr. Tan Beng Geok, Pegawai Operasi MyHeart, Nuraini Abdul Rahim serta wakil dari Jabatan Pediatrik dan Jabatan Perubatan, Hospital USM.

  • Created on .
  • Hits: 111