Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

AMELS BANTU UPT TAMBAH BEKALAN DARAH

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 September 2021 - Persatuan Sains Makmal Perubatan (AMeLS), Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif menganjurkan program derma darah bertujuan membantu Unit Perubatan Transfusi (UPT) Hospital USM menambah bekalan darah yang semakin berkurangan.

IMG 20211001 061647

Presiden AMeLS, Norhana Md Arshad berkata, AMeLS mengambil peluang membantu masyarakat amnya dan Hospital USM khususnya di saat pandemik COVID-19 melanda negara memandangkan UPT kurang peluang mengadakan program derma darah di luar.

SAVE 20211001 061725

"AMeLS mensasarkan 100 orang penderma akan hadir untuk program yang berlangsung selama dua hari bermula semalam itu," katanya.

SAVE 20211001 061739

Tambah Norhana, pihaknya amat berharap agar lebih ramai pihak tampil menderma darah kerana darah yang didermakan mampu menyelamatkan nyawa orang lain selain membantu kelancaran aspek perawatan pesakit.

IMG 20211001 061710

“Saya menyeru orang ramai supaya hadir menderma darah di mana-mana fasiliti kesihatan berdekatan anda mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerana satu beg darah mampu membantu tiga nyawa,” ujarnya lagi.

Teks : Muhd Zulkifli Zakaria /Foto : Ihsan UPT Hospital USM

  • Created on .
  • Hits: 91