Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

BAK23, PERKUKUH JARINGAN MENERUSI SUKAN

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 19 Februari 2023 - "Perkukuh jaringan antara agensi kerajaan melalui aktiviti kesukanan", demikian gesaan Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin semasa merasmikan Karnival Bola Sepak Agensi Kerajaan 2023 (BAK23) peringkat negeri Kelantan, di sini semalam.

BAK23 merupakan edisi ketiga kejohanan dan seperti sebelumnya, ia menghimpunkan agensi-agensi kerajaan seluruh negeri Kelantan bagi merebut Piala Pusingan BAK23 dan wang tunai RM5,000.

BAK23 PERKUKUH JARINGAN MENERUSI SUKAN

BAK23 PERKUKUH JARINGAN MENERUSI SUKAN 2

Shaharum dalam ucapannya menyeru semua pasukan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

"Menang dan kalah adalah adat dalam setiap pertandingan, namun yang paling utama adalah jaringan kerjasama antara pegawai-pegawai agensi yang secara tidak langsung akan memudahkan lagi sebarang urusan rasmi yang berkaitan antara satu dengan lain," katanya.

Shaharum turut memuji para peserta dan menggalakkan kakitangan kerajaan untuk bersukan kerana ia merupakan antara gaya hidup sihat yang mampu diterjemahkan melalui produktiviti di tempat kerja.

BAK23 PERKUKUH JARINGAN MENERUSI SUKAN 3

BAK23 PERKUKUH JARINGAN MENERUSI SUKAN 4

Selain itu, Shaharum juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya kepada para penaja BAK23 yang banyak membantu meringankan kos penganjuran karnival tersebut.

BAK23 adalah anjuran Kelab Bola Sepak USM Kampus Kesihatan serta Unit Sukan dan Rekreasi disertai oleh 16 pasukan, antaranya Rejimen Askar Sempadan (Jeli), Pasukan 8 Briged Pengkalan Chepa, Majlis Daerah Gua Musang, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan banyak lagi.

Berbeza daripada edisi sebelumnya, format perlawanan edisi kali ini dijalankan secara karnival yang akan bermula pada 3 Mac 2023 sehingga 11 Mac 2023.

BAK23 PERKUKUH JARINGAN MENERUSI SUKAN 5

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Urusan Regles Sport Brand yang merupakan penaja utama BAK23, Wan Muhammad Syamin Dazizi dan Timbalan Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) merangkap Pengarah Karnival BAK23, Hafiz Assad Zakaria.

Teks: Wan Mohd Rashidi Wan Mood / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 152