BULAN KESEDARAN KANSER PAYUDARA 2022 : PUPUK KESEDARAN LEBIH TINGGI MASYARAKAT
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 1 November 2022 - Majlis Perasmian Penutupan Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2022 yang bertemakan ‘You’re Not Alone; We’re Stronger Together’ anjuran ‘Breast Cancer Awareness Unit’ (BestARi), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) telah diadakan di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM, hari ini.
Program ini bertujuan memupuk kesedaran yang lebih tinggi mengenai kanser payudara bukan sahaja dalam kalangan kakitangan Hospital USM tetapi juga kepada masyarakat umum. Kanser payudara merupakan kanser utama serta pembunuh nombor satu dalam kalangan wanita dan satu (1) peratus (%) kaum lelaki juga berpotensi menghidap penyakit ini.
Majlis tersebut diisi dengan sesi perkongsian pengalaman oleh bekas pesakit kanser payudara selain sesi penerangan mengenai simptom awal, risiko, kaedah diagnosis dan rawatan serta pencegahan kanser payudara oleh Ketua Jabatan Surgeri, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Dr. Maya Mazuwin Yahya.
Hadir merasmikan majlis ini ialah Timbalan Pengarah (Klinikal) Hospital USM, Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria. Turut hadir ialah Timbalan Dekan Libatsama Industri - Komuniti dan Pembangunan PPSP, Profesor Dr. Hazabbah Wan Hitam dan Ketua Unit BestARi, Profesor Madya Dr. Juhara Ayob.
Teks: Wan Nor Azlin Wan Azlan / Foto: Unit Fotografi UKAST
- Created on .
- Hits: 318