Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

COSC: KETENGAH PERKONGSIAN PAKAR OFTALMOLOGI TANGANI MASALAH KESIHATAN MATA

KOTA BHARU, KELANTAN, 14 September 2024 - Kesihatan mata adalah aspek penting dalam kehidupan harian kita namun seringkali diabaikan. Penglihatan yang baik bukan sahaja membantu kita menjalani aktiviti seharian dengan lancar tetapi juga meningkatkan kualiti hidup.

Pertambahan pesakit yang mengalami masalah berkaitan mata akan meningkatkan lagi bebanan kerajaan untuk menanggung jumlah perbelanjaan dalam bidang kesihatan.

WhatsApp Image 2024 09 14 at 4.03.37 PM

new1

Persidangan ‘13th Conjoint Ophthalmology Scientific Conference’ (COSC) 2024 yang berlangsung di Hotel Renai bermula semalam merupakan salah satu usaha murni bagi mencari penyelesaian terbaik perawatan mata.

WhatsApp Image 2024 09 14 at 4.03.36 PM 2

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr. Nor Fariza Ngah dalam ucapannya berkata, persidangan ini adalah peluang yang baik untuk jaringan dan pertukaran pengetahuan dalam bidang neuro-oftalmologi.

"Persidangan yang berlangsung selama tiga (3) hari ini merupakan platform penting untuk membentuk jaringan kerjasama baharu selain pertukaran idea antara disiplin.

WhatsApp Image 2024 09 14 at 4.03.36 PM

"Dengan mengumpulkan pakar daripada oftalmologi, neurologi, pembedahan saraf serta bidang berkaitan, saya yakin kita dapat memanfaatkan kebijaksanaan secara kolektif untuk menghadapi cabaran serta merebut peluang untuk mencipta pelbagai inovasi baharu dan ini dilihat bertepatan dengan tema pada kali ini iaitu 'Neuro-Ophthalmology: Unveil and Reveal'," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian di sini, hari ini.

WhatsApp Image 2024 09 14 at 4.03.35 PM 1

Sementara itu, Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail berkata, persidangan seperti ini amat penting untuk memupuk kerjasama yang baik antara pakar-pakar oftalmologi di Malaysia.

“Ia dilihat sebagai platform terbaik untuk bertukar idea dalam membangunkan strategi rawatan yang inovatif bagi meningkatkan piawaian penjagaan mata di seluruh negara.

WhatsApp Image 2024 09 14 at 4.03.36 PM 1

“Perkara ini amat penting kerana dapat membantu pengurusan penyakit mata di Malaysia yang kini menanggung kos yang besar iaitu mencecah jutaan hingga bilion ringgit setiap tahun.

“Beban kewangan ini terutamanya disebabkan oleh penyakit mata yang serius seperti katarak, glaukoma, retinopati diabetik dan banyak lagi gangguan penglihatan yang lain,” ujarnya.

WhatsApp Image 2024 09 14 at 4.03.35 PM

Tambah Shaiful, peningkatan prevalens diabetes mempengaruhi hampir satu (1) daripada lima (5) orang dewasa di Malaysia.

“Hal ini turut disebabkan oleh peningkatan kadar komplikasi mata yang berkaitan dengan diabetes.

WhatsApp Image 2024 09 14 at 4.03.34 PM 2

“Selain itu masalah kebutaan yang boleh dicegah terutama dalam kalangan masyarakat berpendapatan rendah kekal sebagai cabaran kesihatan awam yang kritikal kerana akses kepada penjagaan mata yang mencukupi adalah terhad,” jelasnya lagi.

Shaiful berkata, penganjuran persidangan ini merupakan bukti komitmen semua pihak dalam memajukan bidang oftalmologi.

new3

“Saya mewakili Universiti Sains Malaysia (USM) selaku tuan rumah pada edisi kali ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan kerjasama iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

“Tidak lupa juga kepada penceramah jemputan daripada pelbagai institusi dan organisasi kerana sudi berkongsi pengetahuan yang amat penting untuk kejayaan persidangan ini,” ujarnya.

WhatsApp Image 2024 09 14 at 4.03.34 PM

WhatsApp Image 2024 09 14 at 4.03.37 PM 1

Sementara itu, Timbalan Dekan Libatsama Industri - Komuniti dan Pembangunan, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam dinobatkan sebagai penerima Anugerah Datuk Dr. Mohamad Noor Marahakim bagi tahun 2024.

new2

Turut hadir ialah Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dr. Izamin Idris; Presiden Kolej Oftalmologi, Akademi Perubatan Malaysia, Profesor Dr. Shatriah Ismail; Ahli majlis 'Malaysian Universities Conjoint Committee of Ophthalmologist' (MUCCO) mewakili Pengerusi MUCCO, Profesor Dr. Tengku Ain Fathkun Tengku Kamalden dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur COCS 2024, Dr. Shahidatul Adha Mohamad.

Teks: Mohd Hafiz Ya’acob / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

  • Created on .
  • Hits: 370