Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

DEKATI KOMUNITI PULAU: USM LAKSANAKAN PEMERIKSAAN MATA DAN SARINGAN PENGLIHATAN KEPADA PELAJAR

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 8 November 2022 – Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) sekali lagi turun padang menyantuni komuniti pulau dengan mengadakan pemeriksaan mata dan saringan penglihatan kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Tekek, Pulau Tioman, Rompin, Pahang.
 
Program yang berlangsung pada 20 Oktober lalu itu merupakan Program ‘Outreach’ tajaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Program KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS).
 
IMG 20221108 092022
 
Menurut Ketua Pasukan Program yang juga Pensyarah Optometri, Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual, PPSP USM, Dr. Waheeda Azwa Hussein, program tersebut bertujuan mengesan masalah rabun mata dan masalah mata malas dalam kalangan pelajar sekolah luar bandar berusia tujuh (7) hingga 12 tahun sekaligus memberi rawatan terbaik kepada mereka.
 
IMG 20221108 092052
 
“Ianya adalah kesinambungan daripada kajian yang telah dijalankan di Pulau Perhentian dan Pulau Redang sebelum ini.
 
“Seramai 202 orang pelajar telah disaring dan 26 orang pelajar mendapat cermin mata percuma manakala 10 orang yang mengalami masalah juling dan mata malas telah dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk rawatan selanjutnya” ujar beliau.
 
SAVE 20221108 092105
 
Tambah Waheeda, program ini juga merupakan kolaborasi bersama Dania Optometrist yang telah memberi sumbangan cermin mata percuma kepada pelajar berkenaan. 
 
SAVE 20221108 092032
 
“Semoga usaha murni ini diharap dapat membantu mengurangkan beban keluarga pelajar berkenaan di samping memberi kesedaran tentang kepentingan penglihatan yang baik untuk kecemerlangan pendidikan anak-anak mereka,” katanya.
 
 
Teks & Foto: Dr Waheeda Azwa Hussein
  • Created on .
  • Hits: 187