Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

'GOTHRA' LAMBANG PEWARISAN ILMU DITONJOLKAN MENERUSI PERSEMBAHAN PENTAS MKI

USM, KUBANG KERIAN, 1 Jun 2024 – Malam Kebudayaan India (MKI) 2024 merupakan pentas untuk mengasah bakat seni dan kepimpinan dalam kalangan pelajar Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) selain turut dilihat menjadi platform memupuk perpaduan antara kaum.

IMG 20240601 WA0019

IMG 20240601 WA0015

MKI disambut meriah dengan persembahan pelbagai acara menarik seperti tarian, nyanyian, komedi dan drama bertemakan ‘Gothra’ iaitu melambangkan pewarisan ilmu dan kebijaksanaan daripada satu generasi ke generasi seterusnya.

Persembahan yang berlangsung di Dewan Utama, Kampus Kesihatan USM ini merupakan acara tahunan Persatuan Kebudayaan India dalam usaha memperkenal dan berkongsi seni kebudayaan kaum India.

IMG 20240601 WA0010

IMG 20240601 WA0009

Menurut Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail, MKI bukan sahaja menyajikan persembahan kebudayaan yang menarik dan kreatif, malah ianya lebih daripada itu.

“Persembahan kebudayaan sebegini bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi ia turut memainkan peranan penting dalam mempromosi, menghormati dan menggalakkan persefahaman silang budaya dalam kalangan pelajar berbilang kaum,” katanya ketika berucap merasmikan MKI 2024, semalam.

IMG 20240601 WA0011

IMG 20240601 WA0021

Shaiful turut berbangga dan memuji barisan jawatankuasa pengajur kerana berjaya menganjurkan acara tahunan ini dengan jayanya.

“Saya amat gembira melihat semua yang ada pada malam ini dalam suasana harmoni dan merakamkan ucapan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur kerana berjaya menganjurkan MKI dengan penuh meriah.

IMG 20240601 WA0013

IMG 20240601 WA0018

“Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada tetamu dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kerana hadir memberi sokongan kepada program ini,” ujarnya.

IMG 20240601 WA0020

IMG 20240601 WA0022

Sementara itu, salah seorang penonton, Dr. Norsuhana Omar, ketika ditemui dalam program tersebut memberitahu beliau turut teruja dan terhibur dengan persembahan MKI 2024.

"Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti pelajar USM.

IMG 20240601 WA0014

IMG 20240601 WA0016

"Persembahan mereka amat bertenaga dan menarik ditambah pula dengan keindahan serta keunikan budaya masyarakat India yang ditonjolkan berjaya dikongsikan dengan baik kepada semua penonton yang hadir pada malam ini," ujar beliau.

Kira-kira 1,300 orang hadir menyaksikan MKI 2024 yang disambut gilang-gemilang serta dipenuhi cahaya lampu dan hiasan berwarna-warni yang dilihat sinonim dengan budaya masyarakat India.

IMG 20240601 WA0017

IMG 20240601 WA0012

Turut hadir ialah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Madya Dr. Asrenee Ab Razak; Penasihat Persatuan Kebudayaan India, Profesor Madya Dr. T.P. Kannan dan Pengarah Program MKI 2024, Thivyashini Selvaseelan.

Teks: Mohd Hafiz Ya'acob / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 390