Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

HAYATI HIJRAH RASULULLAH: BUBUR ASYURA ANTARA TRADISI KESEPAKATAN MUHARAM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN 8 September 2022 -  Muharam adalah permulaan bagi kalendar umat Islam dalam kiraan hijrah. Awal Muharam atau Maal Hijrah juga sangat penting dalam kehidupan umat Islam kerana dalam bulan Muharam sejarah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. dari Kota Mekah ke Madinah yang berlaku pada tahun 622 Masihi akan sentiasa diingati dan dihayati dengan pelbagai cara sambutan berkonsepkan keagamaan yang tidak melanggar batasan. 

SAVE 20220908 220317

 Setiap tahun, sejarah penghijrahan tersebut pasti akan dihayati oleh seluruh umat Islam kerana penghijrahan Baginda menjadi titik tolak umat Islam menghijrahkan jiwa, raga, diri sendiri dan kehidupan ke arah yang lebih baik. 
 
8b12c98a 9c9a 480f b447 d990f59ebad3
 
Kedatangan bulan Muharam sinonim dengan penyediaan bubur asyura. Bubur asyura merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan. Ia biasanya dimasak bermula 10 Muharam seiring dengan puasa hari Asyura sebagaimana sunnah Nabi Muhammad S.A.W. 
 
SAVE 20220908 220341
 
Biarpun begitu, penyediaan bubur asyura tidak terhad dalam bulan Muharam sahaja.  Bahkan ianya satu program yang memupuk semangat kebersamaan dan permuafakatan komuniti setempat. 
 
e6d697b6 9fff 47f5 83bc 398b4b89324b 
 
Sempena Muharam 1444H, Pusat Islam Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kesatuan Kakitangan Am (KKA) USM menganjurkan program memasak tiga (3) kawah bubur asyura secara bergotong-royong sesama kakitangan, pelajar dan kariah Masjid Mukim Kampus Kesihatan, hari ini. 
 
SAVE 20220908 220408
 
Proses penyediaan bubur asyura kali ini bermula dengan penyediaan bahan dan memasak pada jam 12.00 tengah malam dan siap pada jam 11.00 pagi tadi. 
 
SAVE 20220908 220419
 
Penghijrahan hidup dari fasa pandemik ke fasa peralihan endemik merupakan satu rezeki yang dikurniakan Allah S.W.T. kepada seluruh umat islam kerana aktiviti-aktiviti keagamaan, kerohanian dan kemuafakatan kariah seperti ini dapat dilaksanakan semula. 
 
Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan yang dalam rangka lawatan ringkas ke Kampus Kesihatan mengambil peluang bersama-sama mengagihkan kira-kira 500 bungkusan bubur asyura kepada warga kampus yang menggunakan laluan masjid untuk pulang selepas tamat masa bekerja. 
 
SAVE 20220908 220401
 
Turut sama dalam program ini ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Timbalan Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) Kampus Kesihatan, Hafiz Assad Zakaria; Timbalan Pengarah, Pusat Islam, Kampus Kesihatan, Ustazah Amira Abd Sattar @ Ismail; Penolong Pengarah Kanan, Pusat Islam, Ustaz Rosdian Hassan serta Pengerusi KKA Kampus Kesihatan, Nik Fakurudin Nik Ali. 
 
Teks: Mohd Hairol Rasli / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman & Pusat Islam Kampus Kesihatan
  • Created on .
  • Hits: 159