Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

HOSPITAL USM PERKUKUH JARINGAN LIBATSAMA KOMUNITI SEMPENA KONVENSYEN PSIKOLOGI NEGERI KELANTAN

KOTA BHARU, KELANTAN, 10 Mei 2023 - Pasukan Petugas Kesihatan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pasukan Petugas Kesihatan USM - MERICAN, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) sekali lagi menyantuni warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) sempena Konvensyen Psikologi Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2023 yang berlangsung semalam.
 

9c37db70 a966 4985 86d7 409987ed9219

8a436174 5b2d 4ba6 bd4d 0f49362ed1e6
 
Menurut Ketua Perkhidmatan Jaringan Komuniti, Hospital USM, Dr. Norhayati Mohamad, pasukan kesihatan USM berpeluang memperkenalkan perkhidmatan - perkhidmatan yang ditawarkan di Hospital USM selain mewujudkan jalinan kerjasama serta memperkukuh jaringan libatsama dengan agensi kerajaan.
 
"Pasukan USM diberi tanggungjawab untuk mengadakan saringan dan pameran kesihatan bersama agensi-agensi kerajaan lain sebagai usaha memupuk kesedaran dalam kalangan kakitangan awam semua jabatan negeri Kelantan tentang kepentingan saringan pemeriksaan kesihatan bagi mengenal pasti penyakit dan mendapatkan rawatan awal untuk mengelak sebarang komplikasi.
 
1f470408 9a1e 4ed6 99ec 5dad47660056
 
“Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh pasukan USM pada hari ini ialah perkhidmatan saringan dan pameran kesihatan mental, penjagaan kesihatan gigi, saringan perubatan pemulihan yang terdiri daripada pemulihan anggota, pemulihan carakerja, prostetik ortotik dan runding cara Orang Kelainan Upaya (OKU) oleh pasukan Pusat Transformasi OKU," katanya.
 
49dd9fda 92f7 4d90 9355 b1a0a6f19f7f
 
Selain pasukan petugas kesihatan, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), PPSP,  USM yang juga Pakar Psikiatrik, Profesor Madya Dr. Asrenee Ab. Razak turut diundang sebagai panel Forum Psikologi: Kesejahteraan Psikologi Memacu Kecemerlangan Perkhidmatan Awam.
 
deca33d9 6b1a 42cb ab93 242abcff9c55
 
Sementara itu, salah seorang pengunjung dan juga peserta konvesyen, Nor Asida Shafii, 45, ketika ditemui berkata, beliau berharap pameran seperti ini dapat diadakan lebih kerap lagi kerana ia mampu memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada pengunjung bagi mengetahui cara-cara menjaga kesihatan serta mendapatkan khidmat nasihat secara bersemuka dengan pakar mengenai kesihatan terutamanya penyakit mental.
 
"Info yang dipamerkan juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan serta kepentingan untuk mendapatkan rawatan terbaik," katanya.
 
afbb234f 4788 4da5 acf8 b5fbc6488546
 
Konvensyen yang disertai oleh 450 orang peserta terdiri daripada psikologis, kaunselor dan lima (5) orang kakitangan awam lain dari setiap jabatan di seluruh negeri Kelantan itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob.
 
Teks : Wan Salizawati Wan Ismail & Marlina Zahari / Foto : Abdul Hasib Abdul Rahman
  • Created on .
  • Hits: 169