Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

ISEPCoH 2023: PAKAR DUA NEGARA CETUS IDEA INOVASI KOSMETIK DAN KESIHATAN 

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 11 September 2023 – Komited menggabungkan para cendekiawan dan pakar dalam bidang minyak pati, sains tumbuhan, kosmetik dan kesihatan untuk merungkai cabaran dan penemuan baharu di samping merangka laluan ke arah kesejahteraan holistik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Universitas Andalas, Indonesia menganjurkan ‘1st International Symposium of Essential Oils, Plants and Health 2023 (ISEPCoH 2023)’.
 
IMG 20230911 WA0029
 
Bertemakan ‘Emerging Natural Resources for Better Health’, simposium ini berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya 105 peserta dari Malaysia dan Indonesia secara fizikal dan maya.
 
IMG 20230911 WA0028
 
Menurut Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, ISEPCoH 2023 dianjurkan bertujuan menggabungkan pakar dalam bidang minyak pati, sains tumbuhan, kosmetik dan kesihatan untuk mencetuskan idea inovatif selain mencari penyelesaian masalah secara berkesan.
 
IMG 20230911 WA0027
 
“Perbincangan intelektual melalui simposium ini juga merupakan saluran penyebaran ilmu dan pertukaran pandangan saintifik antara pakar bidang masing-masing.
 
IMG 20230911 WA0025
 
“Selain itu, saya juga percaya simposium ini dapat mengeratkan hubungan baik dua (2) negara yang akan berdialog bersama rakan-rakan pakar dengan idea dan pengetahuan yang merentasi sempadan,” katanya ketika berucap merasmikan simposium tersebut, hari ini.
 
IMG 20230911 WA0026
 
Tambah Shaharum, ISEPCoH 2023 bukan hanya sekadar simposium, ia merupakan medium untuk memudahkan kerjasama antara bidang, memupuk rangkaian penyelidikan serta merapatkan jurang antara bidang akademik dan industri untuk memacu perubahan positif dalam bidang sumber asli dan kesihatan.
 IMG 20230911 WA0024
 
“ISEPCoH 2023 juga merupakan platform yang tepat untuk pakar-pakar bersatu, bekerjasama dan bertukar pandangan serta ilmu dalam mendepani cabaran yang mendatang.
 
IMG 20230911 WA0023
 
“Semoga semua peserta beroleh ilmu yang bermanfaat melalui perkongsian pakar-pakar dalam simposium ini,” jelasnya lagi.
 
IMG 20230911 WA0030
 
Turut hadir ialah Dekan PPSK, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak, Timbalan Dekan (Siswazah, Kerjaya dan Antarabangsa), PPSK, Profesor Madya Dr. Rapeah Suppian dan Pengerusi ISEPCoH 2023, Profesor Madya Dr. Mohd Dasuki Sul’ain.
 
Teks : Wan Nor Azlin Wan Azlan /Foto : Abdul Hasib Abdul Rahman
  • Created on .
  • Hits: 582