Lebaran dirai, yang kekurangan disantuni.
Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang, Jabatan Pendaftar Kampus Kesihatan mengambil peluang untuk menyantuni 10 keluarga asnaf di sekitar Bukit Marak, Bachok dengan agihan wang zakat serta sumbangan barang keperluan asas.



Aktiviti tahunan sempena Aidilfitri menerusi Kelab Kebajikan Jabatan Pendaftar ini diharap sedikit sebanyak memberi keceriaan kepada keluarga penerima untuk menyambut hari raya nanti.
Pusat Media & Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan USM
28 April 2022