Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KARNIVAL AMAL BOLA SEPAK KUMPUL DANA TABUNG KEBAJIKAN PESAKIT  

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 27 Mei 2023 - Buat julung kalinya, Unit Kerja Sosial Perubatan, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menganjurkan Karnival Amal Bola Sepak Lelaki Bawah 12 Tahun (U12) sebagai salah satu usaha mempromosi serta mengumpul dana Tabung Kebajikan Pesakit, Hospital USM.

Karnival itu antara lain bertujuan untuk membantu pesakit miskin atau tidak berkemampuan ketika mendapatkan rawatan di Hospital USM.

Karnival yang berlangsung di Padang Bola Sepak, Kampus Kesihatan USM ini menyaksikan 38 pasukan dari seluruh Malaysia mengambil bahagian dan turut disediakan pelbagai aktiviti lain seperti pemeriksaan kesihatan percuma, pameran kesihatan dan program derma darah.

4c02df16 8ee9 4ee3 9003 975d6dd66285

Pengarah Hospital USM yang juga Pengerusi Tabung Kebajikan Pesakit, Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman berkata, karnival hari ini bukan sahaja memberi peluang kepada semua bersama-sama melibatkan diri dalam pasukan yang diwakili, tetapi yang lebih penting ialah semangat setia kawan, kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pemain sebagai satu pasukan.

6f5b612b 127c 4ecc becd 7e3b6b9004ae

"Dalam sesuatu perlawanan, menang atau kalah bukanlah ukuran penting untuk menentukan kualiti sesebuah pasukan, tetapi ia dinilai dari segi semangat kesukanan, bersatu padu, sikap menerima kekalahan dan meraikan pasukan yang menang.

c9e987ed 1e5b 498a 8cdf 0c7e3ad1012a

"Selari dengan objektif karnival ini, saya berharap program seperti ini diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang malah lebih banyak lagi pasukan dapat menyertainya di samping mengeratkan hubungan antara jabatan kerajaan dan komuniti," katanya yang merasmikan karnival berkenaan.

f19dc3bf 4a61 438d a8fa da4ced8b8346

7cc22fd4 3d02 4653 a550 fd814eafba74

Pasukan Kenari Kid Kuala Ketil (A) merangkul kejuaraan setelah memenangi perlawanan penentuan melalui sepakan penalti dengan agregat 4-2 dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1,500, trofi, medal dan sijil penyertaan menumpaskan pasukan Boss FC di tempat kedua yang membawa pulang wang tunai RM1,000, pingat serta sijil penyertaan.

7d5e4bc7 3572 45d9 90d5 4a8d9dccf761

Nik Hisamuddin turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Klinik Ummah dan Madoo Bee Marketing Sdn. Bhd. selaku penaja utama serta penaja-penaja lain yang terlibat.

b650c576 c9fc 4797 a430 b4dd0a27c3ac

6603af7c e4ec 4b4b 8797 258c1fd36415

Timbalan Pengarah (Operasi), Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Timbalan Pengarah (Klinikal), Hospital USM, Profesor Dr. Zaidi Zakaria; Ketua Unit Kerja Sosial Perubatan, Hospital USM merangkap Penasihat Program Karnival Amal Bola Sepak Lelaki (U12), Shamsul Amri Sallehuddin dan Pengarah Klinik Ummah, Dr. Mohd Izzat Hakimi Mah Hussain hadir sama menyaksikan perlawanan dan memeriahkan karnival tersebut.

Teks : Muhd Zulkifli Zakaria / Foto : Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 308