Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP JALIN SILATURRAHIM ANTARA STAF DAN PELAJAR KAMPUS KESIHATAN

KOTA BHARU, KELANTAN, 14 Mei 2022 – Fasa peralihan ke endemik bermula 1 April lalu, membuka peluang Kelab Pengurusan Sukan dan Kebajikan Staf (KESUKAS) berkolaborasi dengan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPPA) Kampus Kesihatan  menganjurkan Kejohanan Futsal Tertutup Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan. 

SAVE 20220514 193225

Kejohanan ini disertai oleh 15 pasukan daripada pelbagai jabatan dan unit termasuk dua pasukan dalam kalangan pelajar. 
 
Yang DiPertua KESUKAS, Dr. Mohamad Ibariyah Iberahim berkata, kejohanan futsal ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan di samping menjaga kesihatan fizikal dan mental serta mengeratkan silaturrahim serta mencungkil bakat-bakat baharu. 
 
SAVE 20220514 193246
 
"Selain itu, KESUKAS juga akan menjadi medium perantaraan yang mewakili USM untuk sebarang program melibatkan staf dan pelajar," katanya.
 
Tambah Mohamad Ibariyah, program - program yang dianjurkan oleh KESUKAS diharap mendapat sambutan positif daripada warga staf Kampus Kesihatan khususnya dan USM amnya serta KESUKAS akan lebih dikenali di dalam dan luar USM.
 
SAVE 20220514 193233
 
Kejohanan futsal yang berlangsung di Dewan Futsal Proseven Demit hari ini menyaksikan pasukan Gabungan 'Student B' sebagai juara yang membawa pulang sebuah trofi, wang tunai, medal dan hamper. 
 
Pemangku Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin turut turun padang menyampaikan hadiah kepada para pemenang. 
 
Teks & Foto : Muhd Zulkifli Zakaria
  • Created on .
  • Hits: 195