Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KOLABORASI SAINTIS USM DAN ZN ABQARY BANTU PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN INDUSTRI VITAL-S

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 4 Oktober 2023 - Universiti Sains Malaysia (USM) dan ZN Abqary Enterprise memeterai perjanjian geran penyelidikan untuk berkongsi kepakaran dalam penyelidikan bagaimana ‘Plukenetia Volubilis’ atau lebih dikenali sebagai ‘Sacha Inchi’ dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol jahat dalam badan.

Kerjasama dua (2) hala antara USM dan ZN Abqary Enterprise ini mencakupi usaha sama selama tiga (3) tahun dalam bidang penyelidikan dan pembangunan produk bagi projek yang bertajuk 'Elucidating the Anti-Hypercholestrolaemic Mechanism of Plukenetia Volubilis Via Lipid Peroxidation and Anti-Glycation Pathway' (Mekanisme Peroksidasi Lipid dan Laluan Anti-glikasi Sacha Inchi atau Plukenetia Volubilis Sebagai Agen Anti-hiperkolesterol).

7c3301a2 51b1 4b88 8ebd 159d3199c868

Hadir menandatangani perjanjian ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin mewakili Naib Canselor USM dan Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak bagi pihak USM manakala Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Shahfieq Senan dan Ketua Pegawai Pemasaran, Muhamad Azhar Hasan bagi pihak ZN Abqary Enterprise.

Menurut Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, perjanjian penyelidikan ini merupakan langkah awal yang signifikan dalam usaha menggabungkan penyelidikan daripada pelbagai latar belakang untuk menangani masalah baharu terutamanya dalam bidang perubatan komplementari dan tradisional.

2b351fa9 fa25 44f9 adb4 2fd16a941793

"Kerjasama ini penting bagi berkongsi kepakaran dalam kemajuan bidang sains kesihatan selain mencerminkan aspirasi untuk membina kerjasama pintar dan dinamik antara universiti dan industri dalam usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.

6fc9b038 ff5f 41f9 9ccd f2b87a5612ca

“Melalui perjanjian ini, produk makanan tambahan yang berasaskan Sacha Inchi dihasilkan melalui kajian dikenali sebagai VITAL-S bertujuan mengurangkan tahap kolesterol jahat dalam badan sekaligus membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular yang semakin meningkat di Malaysia," katanya ketika berucap dalam majlis tersebut, hari ini.

8e24fa6a 79f7 4eda 9951 4f3174bc0a31

Tambah Shaharum, kajian terhadap produk ini telah dijalankan oleh saintis di USM, diketuai oleh Dr. Sabreena Safuan dan Dr. Zuraidah Abdullah yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini.

"Selain itu, kerjasama ini juga merupakan langkah penting ke arah pembangunan perubatan komplementari yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat Malaysia dan menyokong usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit," jelasnya lagi.

a8e312d2 7c9b 4d65 8577 78dffb170e8b

Shaharum turut berharap agar kerjasama ini terus berkembang pada masa akan datang selain membuka peluang yang lebih luas untuk penyelidikan dan penemuan baharu dalam bidang perubatan komplementari.

06450b94 d42b 4257 919c 17c959727ddb

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ZN Abqary Enterprise, Mohd Shahfieq Senan pula berkata, perjanjian ini merupakan satu langkah pihak ZN Abqary untuk mengeluarkan produk yang bukan sahaja halal tetapi selamat dan diformulasikan khusus untuk rakyat Malaysia.

“ZN Abqary sangat beruntung kerana dapat bekerjasama dengan USM yang memiliki ramai saintis berbakat dan sentiasa menjadi rebutan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara.

df131702 0fb4 4cc9 b44c 6df6d0bc316f

“Syukur alhamdulillah, para penyelidik USM sudi berkolaborasi dengan kami untuk mengkaji dan menghasilkan produk Sacha Inchi VITAL-S yang kini sudah berada di pasaran Malaysia dan Singapura serta bakal dikembangkan lagi ke negara-negara lain pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Dekan (Siswazah, Kerjaya dan Antarabangsa), PPSK, Profesor Madya Dr. Rapeah Suppian; Ketua Projek ‘Research Grant Agreement’ antara USM dan ZN Abqary Enterprise, Dr. Sabreena Safuan, para penyelidik dan pegawai-pegawai ZN Abqary Enterprise.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel & Nur Aishah Najwa Abd Rahim (Pelajar Latihan Industri UniMAP) / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman.

  • Created on .
  • Hits: 740