Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KONSULAT JEPUN DI PULAU PINANG MELAWAT TAPAK PROJEK OKU USM - JKM

KOTA BHARU, KELANTAN, 5 Jun 2022 - Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kelantan, menerima kunjungan daripada Konsul Jeneral Jepun, Mr. Orikasa Hiroyuki (Konsulat Jeneral Jepun di Pulau Pinang) bagi meninjau perkembangan projek 'Empowerment of Young Adults With Intellectual Disabilities Through Integrated Agriculture And Livestock' bertempat di Rumah Seri Kenangan, Taman Kemumin, Pengkalan Chepa.

564c1227 f76d 4681 be5f 616083df4689

Projek ini dibiayai melalui dana kerajaan Jepun berjumlah RM295,624.99 di bawah skim 'Grant Assisstance for Grass-roots Human Security Projects' (GGP) bagi membiayai pembinaan infrastruktur projek.

Menurut Pengerusi Kluster Orang Kelainan Upaya (OKU) USM yang juga Ketua Projek, Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim, projek pertanian yang akan dijalankan adalah berkonsepkan pertanian bersepadu yang meliputi projek tanaman cendawan, penternakan ayam dan kambing serta sistem pertanian akuaponik.

897dad0e 1021 474a 9588 0fbde5ca561f

248516fc 46b4 4e8d 8f18 0ba52b887d03

"Program ini adalah hasil kerjasama di antara JKM dan USM melalui Unit Transformasi OKU, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Koperasi Cakna OKU Kelantan serta Persatuan Pertanian Alami Kelantan dalam menyediakan program latihan bagi memperkasa golongan OKU untuk meneruskan kehidupan disamping memberi pendedahan kepada golongan tersebut mempelajari cara menjana pendapatan sendiri melalui program yang ditawarkan.

815ea0c0 f2d4 426e 888d e188c4fa0546

a5e90c30 44f9 43b5 ba8d 4c29a314f863

"Projek ini mensasarkan dapat memberi peluang pekerjaan kepada sekurang-kurangnya (8) lapan orang pekerja OKU dan memberi kemudahan latihan kepada 45 buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dari seluruh Kelantan daripada modul yang dibangunkan oleh USM," katanya ketika memberi penerangan kepada Konsul General Jepun yang turut fasih berbahasa Melayu.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pemangku Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin dan Pengarah JKM Kelantan, Said Sidup.

  • Created on .
  • Hits: 179