Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KRIS BESTARI BERSAMA KOMUNITI JELAWAT TEROKA TEKNOLOGI BAHARU MESRA PESAKIT

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 31 Disember 2022 - Program Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) anjuran Unit Kesedaran dan Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Daerah Bachok bersama komuniti Jelawat untuk pemeriksaan kesihatan dan kesejahteraan payudara menggunakan teknologi baharu yang mesra pesakit untuk membantu meningkatkan pengesanan penyakit payudara.
 
Bertemakan ‘Kesan Sebelum Kesal’, program yang bertujuan meningkatkan pengesanan awal penyakit berkaitan payudara ini telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelawat, Haji Abd Aziz Kadir.
 
SAVE 20221231 212350
 
Menurut Pengerusi Program, Profesor Madya Dr. Wan Faiziah Wan Abdul Rahman, KRIS BestARi kali ini agak berbeza dan istimewa kerana membawa satu teknologi baharu yang mesra pesakit untuk membantu meningkatkan pengesanan penyakit payudara.
 
"Teknologi ini dikatakan mesra kerana tidak merbahaya, tidak menyakitkan dan mudah digunakan. 
 
SAVE 20221231 212335
 
"Peserta akan diperiksa secara klinikal terlebih dahulu sebelum dibuat ujian lanjut ‘braster’ sekiranya mempunyai risiko," katanya.
 
Tambah Wan Faiziah, program KRIS BestARi bukan program ‘one-off’ kerana pihaknya telah merancang program susulan bagi menjamin keberkesanan program ini. 
 
SAVE 20221231 212343
 
"Rekod peserta telah disimpan dan setiap keputusan akan dimaklumkan kepada peserta dan dipanggil untuk prosedur seterusnya. 
 
"Bagi memastikan saringan sebegini berlaku menyeluruh di jajahan Bachok dan bukan kawasan Jelawat sahaja, maka kami jadikan Bachok sebagai daerah angkat untuk tentukan penanda aras program saringan sejahtera payudara," jelasnya lagi.
 
SAVE 20221231 212326
 
Program yang dihadiri kira-kira 200 orang peserta ini turut diisi dengan pendaftaran dan pemeriksaa pesakit Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan B40 (PEKA B40),  pemeriksaan gigi percuma oleh pasukan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), pemeriksaan payudara ‘Braster’ oleh pasukan dari MN Healthcare, jualan produk tempatan oleh persatuan pembangunan usahawan Bachok (PPUB) dan Puspanita, perkongsian santai tips kesihatan oleh pakar bedah serta cabutan bertuah. 
 
Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Penolong Ketua Jajahan Bachok, Fadzil Aznan Abdul Aziz, Ketua Unit BestARi, Profesor Madya Dr. Juhara Haron, Penyelaras Pendidikan Komuniti BestARi, Dr. Tengku Ahmad Damitri Al-Astani Tengku Din, Penyelaras Klinikal BestARi, Dr. Wan Zainira Wan Zain,  Ketua Jabatan Bedah USM, Dr. Maya Mazuwin Yahya.
 
Teks & Foto : Profesor Madya Dr. Wan Faiziah Wan Abdul Rahman
  • Created on .
  • Hits: 140