MAJLIS RAMAH MESRA & SOLAT HAJAT BUAT BAKAL DUYUFURRAHMAN
Pusat Islam Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini menganjurkan Majlis Ramah Mesra dan Solat Hajat bagi meraikan warga kampus yang bakal menunaikan Ibadah Haji.

Seramai 30 orang kakitangan Kampus Kesihatan daripada pelbagai jawatan dan jabatan terpilih untuk menunaikan Rukun Islam ke-5 pada tahun ini setelah dua tahun ibadah tersebut hanya dibuka kepada jumlah jemaah yang sangat terhad ekoran pandemik COVID-19.

Pusat Islam turut menyediakan kit pengembaraan sebagai tanda mata kepada setiap bakal jemaah yang disampaikan oleh Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak mewakili Pemangku Pengarah Kampus.

Beliau turut menitipkan pesanan agar bakal jemaah haji menjaga kesihatan dan keselamatan diri sepanjang berada di tanah suci serta mengambil air minuman yang mencukupi memandangkan keadaan cuaca yang agak panas di sana.
- Created on .
- Hits: 128