Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA DAN DOA SELAMAT TAHUN BAHARU 2022

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 2 Januari 2022 - Pusat Islam Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Badan Kebajikan Pegawai Tadbir (BAKEPT) mengadakan solat hajat perdana dan bacaan doa selamat sempena menyambut Tahun 2022 di Masjid Mukim Kampus Kesihatan USM.5292c47e-ac65-46ac-bc5d-a5775470d9a2.jpg

 

Solat hajat ini bertujuan memohon kesejahteraan dan keselamatan seluruh warga USM khususnya dan rakyat Malaysia umumnya agar dilindungi dari bencana banjir, wabak COVID- 19 dan sebarang perkara yang tidak diingini.

d0f6e9d5-dd60-44fc-984e-87ce3133bd17.jpg

Selain itu, ia juga bertujuan memohon kesembuhan dan dipermudahkan urusan perubatan seluruh warga USM (termasuk keluarga) dan ahli kariah Masjid Mukim Kampus Kesihatan serta memohon agar di permudahkan urusan peperiksaan pelajar-pelajar yang sedang menduduki peperiksaan.

Solat hajat ini turut dihadiri oleh Pemangku Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, Mantan Pengarah Kampus, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail dan Ketua-ketua Jabatan serta warga staf USM Kampus Kesihatan.

  • Created on .
  • Hits: 261