Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

'MALAYSIA NATIONAL POETRY SLAM' CUNGKIL BAKAT BERSAJAK DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 Oktober 2022 - "Program yang dijalankan di Sarawak, Pulau Pinang, Kelantan, Lembah Klang dan Johor ini diisi dengan kemahiran mendeklamasi sajak yang dipecahkan kepada lima (5) bengkel dan setiap bengkel akan diadakan 'Mini Poetry Slam' yang menjadi pentas bagi pemilihan peserta untuk mewakili negeri atau kawasan dan seterusnya bertanding pada peringkat Kebangsaan," demikian kata Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin ketika merasmikan Program 'Malaysian National Poetry Slam' 2022, di sini semalam.

17fd4b10 2f24 4c60 b477 bacce481890b

Menurut beliau, 'Malaysian National Poetry Slam' merupakan platform pertandingan sajak peringkat kebangsaan yang mampu memberi pendedahan dan peluang kepada generasi baharu berusia di antara tujuh (7) hingga 25 tahun untuk mencungkil kreativiti mereka dalam berkarya.

"Saya difahamkan penyertaan daripada pelajar sekolah rendah dan menengah sangat menggalakkan dan perkara ini memberi satu petanda bahawa generasi baharu di negeri Kelantan sangat meminati program-program ilmiah seperti ini," katanya.
 

1c284a2f f9b0 49b7 b839 9f74cb90529d

Sementara itu, Guru Bahasa merangkap Pengerusi Jawatankuasa 'Malaysian National Poetry Slam 2022', Siti Aisyah Meor Zulkifli 'Auni berkata, bagi Edisi Kelantan 'Malaysian Institute for Debate and Public Speaking’ (MIDP) memilih USM untuk bekerjasama sebagai 'venue partner' serta pemilihan peserta dalam kalangan pelajar.

"Program ini terbuka kepada semua sekolah dan untuk mencari peserta yang mempunyai bakat, kami banyak bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta pihak sekolah bagi mendapat penyertaan yang lebih ramai selain menggunakan media sosial sebagai saluran hebahan program.
 

3ac9b93a 1c3c 4b6e b7de 2920857b6d8b

"Untuk program hari ini, seramai 44 orang pelajar yang terlibat daripada 10 buah sekolah rendah dan menengah dalam daerah Kota Bharu dan mereka akan berentap bagi merebut peluang untuk mara ke peringkat seterusnya," ujarnya.

Seramai tiga (3) orang pelajar mewakili sekolah menengah dan tiga (3) orang pelajar mewakili sekolah rendah telah terpilih dalam pertandingan tersebut dan mereka akan bertanding di peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Taylor's College, Subang Jaya pada 26 dan 27 November 2022.
 

94c3f3d9 e1e4 4255 8e77 9dca9d56bffe

021dd3e1 0ea7 466f b517 1b4fc7b1f9bc

Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengerusi Rancangan, Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT), Kampus Kesihatan, Dr. Tuan Nordin Tuan Kechik, Ketua Pegawai Eksekutif, MIDP, Emellia Shariff dan ibu bapa para peserta.

Teks & Foto : Muhd Zulkifli Zakaria

  • Created on .
  • Hits: 208