Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PELAJAR USM PERLU BERGERAK SEBAGAI PEMACU NEGARA

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 7 Oktober 2023 - "Tahniah kepada pelajar-pelajar baharu yang mendaftar diri di Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) kerana anda kini berada di dalam sebuah universiti yang merupakan antara universiti penyelidikan terbaik di Malaysia dan terkenal dengan kepelbagaian dalam semua aspek," demikian kata Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin. 

IMG 20231007 WA0032

IMG 20231007 WA0037
 
IMG 20231007 WA0030
Menurut Shaharum, kepelbagaian aspek itu dapat dilihat menerusi para pelajar yang mendaftar di USM terdiri dari pelbagai kaum, agama, bangsa, budaya, bahasa, cara hidup dan negara asalnya termasuklah pelajar antarabangsa yang berasal dari benua berbeza-beza. 
IMG 20231007 WA0029
 
IMG 20231007 WA0031
"Kepada pelajar tempatan, ini adalah kesempatan untuk mengenali orang lain dan meningkatkan potensi antara budaya yang menjadi syarat utama untuk berjaya dan cemerlang di pentas dunia.
IMG 20231007 WA0039
 
IMG 20231007 WA0041
"USM memerlukan pelajar-pelajar yang mampu untuk berfikir secara inovatif, kreatif, bebas, kritikal dan terhubung antara satu sama lain seiring dengan dunia yang bergerak dengan dengan pantas.
 
IMG 20231007 WA0040
 
"Justeru, penyelesaian terbaik bagi menghadapi kesan tsunami serta perkembangan Revolusi Industri 4.0 adalah dengan melahirkan lebih ramai pelajar USM yang mampu mencipta peluang pekerjaan dan bukan hanya sekadar mencari pekerjaan," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam Sesi bersama Ibu Bapa Pelajar Baharu Sidang Akademik 2023/2024, Kampus Kesihatan USM hari ini.
 
IMG 20231007 WA0038
 
Tambah Shaharum, sebagai sebuah Universiti APEX, Polisi Keusahawanan Universiti adalah untuk memupuk lebih ramai pencipta pekerjaan dengan menekankan kepada nilai-nilai USM. 
IMG 20231007 WA0035
 
"Lonjakan pertama di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah menggariskan untuk melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.
 
"Oleh itu, universiti melalui Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) telah menggariskan untuk melahirkan graduan yang mempunyai ciri-ciri (H.E.B.A.T) iaitu 'Holistik' (Holistik), 'Entrepreneurial' (Keusahawanan), 'Balanced' (Seimbang), 'Articulate' (Kepetahan) dan 'Thinker' (Pemikir)," ujarnya lagi.
 IMG 20231007 WA0034
 
Shaharum turut mendoakan kejayaan para pelajar dan bersedia membantu apa sahaja dalam memastikan para pelajar terus berjaya daripada sekarang sehingga mereka bergelar alumni USM.
 
"Sebagai ibu bapa, tetaplah menyokong dan terus memberikan semangat kepada anak-anak agar mereka dapat menjadi mahasiswa mahasiswi yang cemerlang dalam pelbagai aspek dan mengharumkan lagi nama USM di persada antarabangsa," rayunya.
 
IMG 20231007 WA0033
Turut hadir ialah Timbalan Dekan (USM-KLE) mewakili Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Madya Dr. Nik Ahmad Zuky Nik Lah; Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Profesor Madya Dr. Mohd Fadhli Khamis; Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) mewakili Dekan PPSK, Profesor Madya Dr. Ahmad Fahmi Lim Abdullah dan Timbalan Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Hafiz Assad Zakaria.
 
Teks: R. Alia Fazni R. Azmi / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman
  • Created on .
  • Hits: 461