Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PENERBITAN KARYA ILMIAH: DBP KONGSI TEKNIK PENULISAN BERSAMA WARGA USM

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 16 Jun 2022 - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah sebuah badan yang memainkan peranan penting dalam memartabatkan penulisan dan karya-karya penerbitan dalam Bahasa Melayu di Malaysia.

34ac59bb a2ff 40ca a862 dbff8d4b8d2d

Menurut Pemangku Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, USM mengambil langkah yang tepat apabila mengadakan program Bicara Santai bersama DBP hari ini memandangkan USM adalah institusi yang menjadi tonggak penting negara sebagai menara ilmu.

"USM seharusnya mempunyai kapasiti dan kebolehdaya saing untuk melahirkan modal insan yang bukan sahaja hebat di dalam profesion, tetapi juga hebat di dalam penyebaran ilmu.

"Oleh itu, program ini adalah platform terbaik untuk menyalur dan berkongsi ilmu bukan sahaja kepada pakar-pakar dan komuniti yang terhad di dalam bidang masing-masing tetapi juga kepada masyarakat umum agar ia dapat memberi manfaat yang menyeluruh," ujarnya.

62b557db 04fc 4031 a9d4 141393701572

Jelas Shaharum, program ini diharap dapat memberi impak yang besar kepada kefahaman dan penyampaian yang lebih jelas kepada masyarakat dan komuniti sejagat.

"Besarlah harapan saya agar semua peserta pada hari ini dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan untuk mempelajari teknik penulisan yang baik dan berkesan, melihat peluang-peluang yang ada, ke mana dan bagaimana untuk kita sebar ilmu yang diperolehi agar dapat dimanfaatkan bersama oleh masyarakat.

37835162 a13f 4225 a455 f0f574764850

"Semoga penulisan kita ini menjadi khazanah negara yang berharga kerana sebaik-baik ilmu adalah ilmu yang dikongsi dan dapat memberi manfaat kepada orang lain juga," katanya.

Shaharum turut berharap agar perkongsian ilmu oleh DBP ini menggalakkan percambahan idea dan dapat diterjemahkan dalam bentuk penulisan dan juga pelaksanaannya.

32ad2c9c 8022 4eb8 b3c2 e4850d2e4b9d

"Penggunaan Bahasa Melayu harus dimartabatkan sebagai medium perkongsian ilmu, sesuai dengan misi dan visi USM yang ingin dicapai secara memperhebatkan kajian dan inovasi yang dikenali dan memberi impak kepada masyarakat dan kelestarian secara global.   

“Bahasa Jiwa Bangsa, satu pernyataan yang tidak dapat disangkal lagi dan kita harus berbangga dengan bahasa kita, sebagaimana rakyat Jepun berbangga dengan Bahasa Jepun. Jadi, menulislah untuk bahasa dan bangsa kita," rayu Shaharum lagi.

Program Bicara Santai bersama DPB ini menampilkan perkongsian daripada Timbalan Ketua Editor Majalah DBP, Aninah Janang dan Editor Majalah DBP, Yusaida Yusof.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel

  • Created on .
  • Hits: 142