Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PROGRAM OUTREACH VAKSINASI BANTU PERCEPAT CAPAI IMUNITI KELOMPOK

KOTA BHARU, KELANTAN, 21 September 2021 - Pemberian vaksin melalui Program Outreach KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) kepada komuniti rentan seperti tahanan dalam penjara diyakini mampu mencegah penularan jangkitan COVID-19 sekaligus membantu negara mencapai imuniti kelompok dengan lebih cepat.

Menurut Timbalan Pengarah Klinikal Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria, pemberian vaksin melalui program tersebut akan dilaksanakan secara berkala mengikut jadual yang telah ditetapkan bertujuan membantu Jabatan Penjara Malaysia Negeri Kelantan mengawal penularan wabak berbahaya itu terutamanya bagi Kluster Tembok.

20c4c5d8 4121 4ff7 8374 57ebe2a1e581

“Saya yakin program pemberian vaksin kepada golongan rentan ini dapat dilaksanakan sepenuhnya sebagai usaha memutuskan rantaian COVID-19 yang menular dalam kalangan tahanan di penjara.

“Melalui kerjasama ini juga, saya percaya ia dapat mengeratkan silaturrahim antara Penjara Pengkalan Chepa dan Hospital USM sebagai salah satu usaha meneruskan kelangsungan program kesihatan pada masa akan datang,” ujarnya ketika ditemui pada program tersebut di Penjara Pengkalan Chepa, di sini.

9be1e937 dc4d 45f5 bac4 0483accadaed

Tambah Zaidi, program outreach pemberian vaksin ini juga bertujuan untuk membantu Pusat Pemberian Vaksin Khas (SPPV) Hospital USM menggunakan secara maksima peruntukan bekalan vaksin yang diberikan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK).

“Melalui program Outreach KRIS ini, Hospital USM telah bersetuju untuk menjalankan aktiviti pemberian vaksin kepada tahanan Penjara Pengkalan Chepa, Penjara Satelit Pasir Mas, Pusat Reintegrasi Kem Desa Pahlawan, Machang dan Pusat Reintegrasi Batu Jong, Kuala Krai.

1e409baf 3e05 48e9 a9dd 6dcc71718f0d

“Kita akan memberi suntikan vaksin kepada 200 hingga 350 orang untuk setiap sesi bergantung kepada bekalan dos vaksin yang diperuntukan oleh SPPV Hospital USM,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Penolong Kanan Komisioner Wan Sani Abdul Latiff ketika ditemui menyambut baik kerjasama yang diberikan oleh Hospital USM dalam usaha memastikan semua tahanan penjara menerima suntikan vaksin.

“Komuniti dalam penjara juga merupakan sebahagian daripada kita, walaupun berada di sebalik tirai besi, itu tidak bermakna mereka selamat daripada dijangkiti COVID-19.

dfde6938 8795 4b02 9272 411ebd17985d

“Jadi sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan mereka juga divaksinasi agar apabila mereka dibebaskan nanti, mereka tidak menjadi individu yang menyebarkan virus berbahaya ini kepada komuniti di luar sana,” katanya.

Menurut Wan Sani lagi, kapasiti semasa tahanan di Penjara Pengkalan Chepa buat masa ini antara 2,700 sehingga 3,000 orang. Namun, seramai 1900 telah menerima suntikan vaksin dos pertama dan seramai 550 telah lengkap menerima dua dos vaksin.

9cb8b46c d7c3 49c6 ba0c 5f325ff82881

“Untuk program pada hari ini, Penjara Pengkalan Chepa mengenalpasti seramai 360 daripada 700 bantuan yang masih belum divaksinasi untuk menerima suntikan vaksin dos pertama dan selebihnya akan divaksinasi melalui program ini untuk sesi berikutnya.

“Kita akui masih ada lagi kes jangkitan wabak COVID-19 membabitkan tahanan penjara, namun ia dalam keadaan terkawal, malah pelbagai tindakan telah diambil untuk memastikan penularan penyakit ini tidak terus berleluasa,” ujarnya lanjut.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Ihsan Penjara Pengkalan Chepa

  • Created on .
  • Hits: 176