Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

SURVEI DALAMAN PENARAFAN ORGANISASI HOSPITAL USM BANTU TINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 21 September 2020 –“Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) merintis pelaksanaan sistem pengurusan berkualiti dengan mensasarkan tonggak keselamatan untuk semua iaitu pesakit, staf dan keselamatan pesekitaran supaya Hospital USM sentiasa kondusif untuk memberi rawatan terbaik kepada pesakit”, demikian kata Timbalan Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Adam Husein.

SURVEI DALAMAN 1

Beliau berkata, Hospital USM telah lama terkenal sebagai Hospital Mesra Ibadah dan telah menjadi contoh terbaik serta rujukan oleh hospital – hospital lain di Malaysia.

“Penambahbaikan sentiasa dilakukan untuk memberi perkhidmatan terbaik selain meletakkan penambahan sasaran ke arah kecemerlangan dengan menyemak sistem pengurusan kualiti berasaskan syariah.

“Hospital USM juga mensasarkan untuk mendapatkan Pensijilan Patuh Syariah MS9001:2014 daripada SIRIM pada November 2020 nanti,” ujarnya semasa menyampaikan ucapan pembukaan Audit Dalaman MS9001:2014 Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah.

Adam berharap dengan pensijilan tersebut, semua pesakit akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh staf Hospital USM sekaligus memberikan impak positif dalam meletakkan Hospital USM antara hospital terbaik.

SURVEI DALAMAN 2

Sementara itu, Penyelaras Unit Sistem Pengurusan Hospital USM, Dr. Ariffin Marzuki Mokhtar berkata, pematuhan syariah yang mendalam perlu bermula dengan staf hospital sendiri sebelum diterapkan kepada pesakit dan pelanggan.

“Persekitaran kita sudah amat baik, ada kelestarian dan jika digabung dengan staf yang berpengetahuan dalam menjalankan tugas serta ditambah dengan sikap yang elok, saya pasti Hospital USM dapat memancu kejayaan yang cemerlang.

SURVEI DALAMAN 3

“Program latihan yang bersesuaian untuk membina kompetensi kakitangan perlu sentiasa dijalankan kerana ia memberi impak yang baik dalam mencapai misi dan visi Hospital USM,” jelasnya.

Teks : Abdul Aziz Latif / Foto : Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 113