Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

TAMBAH BAIK PRASARANA DAN PERKHIDMATAN PPDK TINGKAT MARTABAT OKU

KOTA BHARU, KELANTAN, 10 Julai 2024 - Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) perlu ditambah baik mutu dan perkhidmatannya bagi mencapai objektif penubuhan dalam usaha mengangkat martabat golongan orang kurang upaya (OKU) agar tidak lagi dipandang enteng dan seangkatan dengan golongan normal.

IMG 20240710 WA0049

Atas dasar itu, PPDK Kubang Kerian dengan kerjasama Pusat Transformasi Orang Kurang Upaya Universiti Sains Malaysia (USM) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) (PTOKU USM - MAIK) menganjurkan sesi 'Town Hall' bersama Ahli Dewan Negara, Senator Isaiah D. Jacob yang mengumpulkan pengerusi dan penyelia PPDK seluruh Kelantan di Dewan Utama, Kompleks Sukan Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji hari ini.

IMG 20240710 WA0040

Isaiah berkata, pihaknya amat menitik beratkan nasib golongan OKU dan mahu golongan itu terus kehadapan dan berhasrat untuk menjalankan kerjasama dengan USM bagi pembangunan OKU di Kelantan.

IMG 20240710 WA0041

IMG 20240710 WA0043

Selain itu, beliau berharap agar peranan PPDK ditambah baik bukan sahaja dalam urus tadbirnya, malah keperluan prasarana dan infrastruktur yang lebih moden dan efisyen bagi memastikan golongan OKU sentiasa disantuni dan dapat hidup bersama dalam komuniti.

Dalam sesi itu juga, Isaiah turut menekankan mengenai peranan pelatih PPDK yang perlu dititik beratkan memandangkan mereka juga antara penggerak utama pusat itu yang perlu diberi latihan dan kursus dari semasa ke semasa.

IMG 20240710 WA0044

IMG 20240710 WA0045

Ujarnya lagi, bagi melahirkan golongan OKU yang proaktif, semua pihak perlu berganding bahu bukan sahaja PPDK, malah keluarga, masyarakat dan kerajaan sendiri dalam menjayakan misi untuk meningkatkan keupayaan latihan terhadap OKU agar lebih berdaya saing.

IMG 20240710 WA0046

IMG 20240710 WA0050

Hadir sama dalam sesi Town Hall itu ialah Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan mewakili Naib Canselor USM, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak; Pengarah Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Zuhami Omar dan Naib Pengerusi PPDK Kubang Kerian, Dr. Nik Norliza Nik Hassan.

Untuk rekod, PPDK Kubang Kerian ditubuhkan sejak 2014 di Kampus Kesihatan USM dan merupakan antara salah sebuah universiti awam yang memperjuangkan isu-isu OKU.

IMG 20240710 WA0047

Penubuhan PPDK Kubang Kerian telah mencetuskan cadangan penubuhan PPDK di beberapa universiti lain apabila kerajaan memperuntukkan kira-kira RM20 juta bagi tujuan ini.

Teks: Rosalwani Che Soh@Yusoff / Foto: Unit Fotografi UKAST

  • Created on .
  • Hits: 279