Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

TINGKAT TARAF KESIHATAN KOMUNITI : USM DAN KPT TERUS GABUNG TENAGA

KOTA BHARU, KELANTAN, 25 Mac 2022 – Penduduk Kampung Pulau Pisang menikmati pelbagai program kesihatan melalui Program KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) yang dilaksanakan oleh Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) di Masjid Mukim Pulau Pisang, di sini. 

SAVE_20220325_173753.jpg
 
 
 
Menurut Timbalan Pendaftar Kanan, Hospital USM merangkap Pengarah Program, Mohd Saberi Mohd Yusoff, Kampung Pulau Pisang merupakan salah sebuah kampung yang disenaraikan dalam Program KRIS berdasarkan penilaian ke atas penduduk yang memerlukan bantuan serta khidmat nasihat dari segi pendidikan kesihatan. 
 
 
 
 
WhatsApp_Image_2023-08-23_at_10.11.13.jpg
 
 
 
 
“Aktiviti yang dilaksanakan di Kampung Pulau Pisang ini ialah pemeriksaan kesihatan secara percuma, ceramah kesihatan, demonstrasi penjagaan pesakit yang terlantar seperti pesakit strok dan pameran kesihatan. 
 
 
 
 
WhatsApp_Image_2023-08-23_at_10.12.34.jpg
 
“Saya berharap agar tahap kesihatan penduduk kampung ini dapat ditambah baik dengan adanya program sebegini selain memastikan mereka dapat menjalani kehidupan seharian dengan sempurna," katanya. 
 
Tambah Mohd Saberi, penduduk Kampung Pulau Pisang menyambut baik program yang diadakan dan berharap agar ianya dapat diteruskan pada masa akan datang. 
 
"Bagi pihak Hospital USM, saya merakamkan penghargaan  dan terima kasih kepada Persatuan Komuniti Cakna Kampung Pulau Pisang atas komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini," jelasnya lagi. 
 
Sementara itu, salah seorang wakil penduduk Kampung Pulau Pisang, Tuan Suhairi Tuan Soh melahirkan rasa terharu dan gembira dengan penganjuran program tersebut. 
 
 
SAVE_20220325_173742.jpg
 
 
“Terima kasih kepada Hospital USM yang turun padang melawat, memeriksa serta membantu membuat rawatan fisioterapi kepada ibu saya yang telah lama terlantar sakit. 
 
"Sekurang-kurangnya banyak ilmu bermanfaat dalam penjagaan pesakit terlantar saya perolehi bagi membantu menguruskan ibu selepas ini," ujarnya. 
 
Dalam pada itu bagi memeriahkan lagi suasana, acara cabutan bertuah turut diadakan yang mana hadiah berupa basikal dan hamper disediakan kepada pengunjung. 
 
Teks / Foto: Mohd Hafiz Ya’acob
  • Created on .
  • Hits: 117