Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM MANFAATKAN PELUANG PROJEK KELESTARIAN ALAM SEKITAR

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 25 Oktober 2020 - Selaras dengan usaha melestarikan alam sekitar khususnya persekitaran kampus, Universiti Sains Malaysia (USM) menyambut baik hasrat Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melaksanakan projek laluan denai di pinggiran Sungai Pengkalan Datu, di sini.

PROJEK KELESTARIAN 1

Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato' Dr Ahmad Sukari Halim berkata, melalui projek tersebut, USM secara tidak langsung turut mendapat manfaat kerana sebahagian daripada kawasan kampus berada di pinggiran sungai dan hari ini USM berbesar hati dapat bekerjasama dengan menyediakan tempat kepada pihak KASA dalam melaksanakan majlis perasmian laluan denai sempena Sambutan Hari Alam Sekitar.

 

PROJEK KELESTARIAN 2

PROJEK KELESTARIAN 3

PROJEK KELESTARIAN 4

 

"Sebahagian kawasan kampus yang berada di pinggiran Sungai Pengkalan Datu ini telah kita bangunkan bersama-sama staf dari Unit Kejururawatan, para pesara USM dari Kelab Jasa Budi serta pelajar sejak dua tahun yang lalu sebagai satu kawasan untuk kegiatan staf serta aktiviti ko--kurikulum pelajar.

PROJEK KELESTARIAN 5

"Saya berharap kerjasama antara agensi kerajaan seperti ini mampu menjadikan kawasan Kubang Kerian sebagai salah satu kawasan contoh di mana kita meningkatkan tahap kebersihan selaras dengan Kampus Kesihatan yang menjadikan kebersihan dan kesihatan sebagai tunjang utama dan hasil yang kita lihat pada hari ini adalah sebahagian dari apa yang diaspirasikan sebelum ini", ujar beliau lagi.

PROJEK KELESTARIAN 6

Sempena majlis itu juga, Sukari bagi pihak USM menerima sijil penghargaan 'Sahabat Sungai' yang disampaikan oleh Menteri KASA, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai penghargaan di atas kerjasama dan penglibatan USM dalam projek tersebut.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 216