Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM TERIMA SUMBANGAN 'ANOLYTE DISINFECTANT SOLUTION' DAN 'DIFFUSER' DARIPADA YUSENVIRO SDN. BHD

TERIMA SUMBANGAN 1

Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima sumbangan larutan 'Anolyte Disinfectant Solution' dan 'Diffuser' daripada Malaysia Product Developer Yusenviro Sdn. Bhd.

Sumbangan yang bernilai lebih RM8,000 itu diserahkan oleh Pengurus Farmasi Perdana, Rozana Hassan yang mewakili syarikat tersebut kepada Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman bagi kegunaan PPSP, Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) dan USAINS Tech Services Sdn. Bhd.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Yusenviro Sdn. Bhd, Yusaini Othman; Pengarah Eksekutif Ketua Kumpulan Perubatan USAINS, Profesor Dato' Dr. Ahmad Sukari Halim; Timbalan Dekan Pengajian Siswazah dan Latihan Ikhtisas, Profesor Dr. Irfan Mohamad dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Madya Dr. Asrenee Ab. Razak.

Pusat Media & Perhubungan Awam, Kampus Kesihatan USM
6 Mac 2022

  • Created on .
  • Hits: 163