Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM – YOKUK METERAI PERJANJIAN PERKASAKAN RAWATAN PALIATIF

USMYOKUKMETERAIPERJANJIANPERKASAKANRAWATANPALIATIF1

KOTA BHARU, KELANTAN, 14 Januari 2020 - Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) atau dikenali sebagai ‘YOKUK - A Foundation for the Disabled Dan Underprivileged’ bertujuan untuk mengembangkan perkhidmatan rawatan paliatif, bantuan kepada orang kurang upaya (OKU) dan prasarana untuk rehabilitasi dalam komuniti.

 USMYOKUKMETERAIPERJANJIANPERKASAKANRAWATANPALIATIF

Kolaborasi ini bermula sejak 2005 untuk pelbagai aktiviti. Namun begitu, pada tahun 2013, ianya telah dimeterai secara rasmi dengan mengadakan rangka kerja bersama dalam kajian genetik sebelum beralih kepada projek komuniti untuk membantu orang kurang upaya (SOS I, II) di samping penempatan pelajar prasiswazah dan siswazah menjalani latihan, penyelidikan serta kerja-kerja sukarelawan dalam komuniti.

USMYOKUKMETERAIPERJANJIANPERKASAKANRAWATANPALIATIF1

Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail berkata, pelajar perubatan tahun lima akan mengadakan komuniti ‘posting’ dalam pediatrik selama sehari untuk belajar mengenai latar belakang keperluan kanak-kanak kurang upaya dan  membuat lawatan ke rumah pesakit bersama YOKUK untuk memberi perkhidmatan paliatif secara percuma.

 

 

  • Created on .
  • Hits: 153