Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

YAYASAN UEM SUMBANG KIT RTK-AG UNTUK PENEMAN PESAKIT B40 HOSPITAL USM

 

SAVE 20210802 175934

USM KUBANG KERIAN, 1 Ogos 2021 – Bagi membantu mengurangkan penularan jangkitan virus COVID-19 dalam fasiliti perawatan pesakit, Yayasan UEM telah menyumbangkan Kit ujian RTK-Ag bernilai RM30,000 untuk ujian kepada peneman pesakit Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) yang berkelayakan.

Sumbangan ini bertujuan membantu meringankan beban peneman pesakit daripada kategori B40 dan kurang berkemampuan yang terkesan dengan pandemik COVID-19 melakukan ujian saringan RTK-Ag sebagaimana yang ditetapkan sebelum dibenarkan menjadi peneman pesakit di dalam wad.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengesan pembawa virus yang tidak bergejala dalam kalangan peneman pesakit sebagai salah satu usaha membantu negara melandaikan lekuk kes harian yang semakin meningkat kini.

  • Created on .
  • Hits: 122