Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

14 'bayi merdeka' lahir di Hospital USM

Sisipan Akhbar: hmetro.com.my ( 1 September 2024 )

Kota Bharu: Seramai 14 bayi termasuk sembilan bayi lelaki dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) ketika negara menyambut Hari Kebangsaan ke-67, semalam.

Anggota tentera Mohd Rizuyan Dollah, 41, berkata dia bersyukur apabila dikurniakan bayi perempuan pada tarikh keramat itu.

Screenshot 2024 09 01 20 32 15 906 com.android.chrome edit

"Tarikh keramat 31 Ogos sentiasa dinantikan kerana ia adalah hari kemerdekaan negara. Saya amat berbangga apabila anak kelima lahir pada tarikh ini," katanya.

Siti Suria Razali, 33, pula berkata dia bersyukur kerana selamat melahirkan bayi lelakinya pada 3 pagi.

"Saya sebenarnya tidak menjangka anak ini akan lahir awal kerana tarikh sebenar yang dijangka adalah seminggu lagi," katanya.

Sementara itu, Nur Baitul Aqmal Mokhtar, 33, berkata dia amat gembira di atas kelahiran bayi perempuan pada tarikh keramat.

"Sepatutnya tarikh jangka saya bersalin adalah tiga minggu lagi, namun kelahiran lebih awal. Saya bersyukur dia berada dalam keadaan sihat," katanya.

Disiarkan pada: September 1, 2024 @ 4:19pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1129407/14-bayi-merdeka-lahir-di-hospital-usm

 

  • Created on .
  • Hits: 210