Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

Pakar UK beri harapan kepada penghidap jantung berlubang di Kelantan

Keratan Akhbar: hmetro.com.my

Tarikh: 28 Oktober 2023

Kota Bharu: Kehadiran pakar Kardiotorasik (pembedahan jantung) Pediatrik dari United Kingdom (UK) memberi sinar baru kepada kanak-kanak yang menghidap jantung berlubang di negeri ini.

hmetro1

Pakar Kardiologi Pediatrik Hospital USM, Dr Mohd Rizal Mohd Zain berkata, setiap tahun Hospital USM akan bekerjasama dengan pasukan perubatan HLH untuk melakukan pembedahan jantung kepada pesakit kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kongenital.

Katanya, dalam siri lawatan pasukan perubatan Healing Little Heart (HLH) dari UK ke Hospital USM pada tahun ini, dianggarkan kira-kira RM200,000 diperuntukkan untuk kos keseluruhan pembedahan jantung kongenital yang dijadualkan dilakukan kepada 10 orang pesakit kanak-kanak berusia di antara 10 bulan hingga 7 tahun.

"Semua pesakit kanak-kanak ini menghidap pelbagai masalah jantung kongenital dijadualkan menjalani pembedahan sepanjang lima hari diketuai pasukan perubatan HLH selain dibantu oleh pakar perubatan serta kakitangan Hospital USM.

"Pasukan perubatan HLH ini tiba di Hospital USM pada 22 Oktober lalu terdiri daripada sebelas petugas termasuk Pakar Bedah Kardiotorasik Pediatrik, Pakar Kardiologi Pediatrik, Pakar Kardiologi Pediatrik Intensif, jururawat serta Perfusionis diketuai Pengasas Pertubuhan HLH, Dr Sanjiv Nichani," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/10/1024448/pakar-uk-beri-harapan-kepada-penghidap-jantung-berlubang-di-kelantan

  • Created on .
  • Hits: 329