Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

‘1ST EAST COAST PEDIATRIC OCCUPATIONAL THERAPY WORKSHOP’ BERI PENDEDAHAN ILMU TERKINI TERAPI SENSORI INTEGRASI KEPADA JURUPULIH CARA KERJA

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 6 Jun 2023 – Sebagai usaha memberi pendedahan tentang ilmu terkini berkaitan terapi Sensori Integrasi kepada Jurupulih Cara Kerja, Bahagian Pemulihan Cara Kerja, Unit Perubatan Pemulihan, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Capai Therapy and Rehabilitation Centre Sdn. Bhd. telah menganjurkan ‘1st East Coast Pediatric Occupational Therapy Workshop: Sensory Integration’ pada 30 Mei hingga 1 Jun lalu.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 08.18.15

Bengkel yang berlangsung di Dewan Peperiksaan, Kompleks Pentadbiran Kampus Kesihatan itu antara lain bertujuan untuk meningkatkan kemahiran Jurupulih Cara Kerja dalam menjalankan penilaian dan rawatan berkaitan sensori integrasi kepada pesakit.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 08.18.16

Selain itu, ia juga antara usaha mengukuhkan jaringan kerjasama Hospital USM dengan pelbagai rangkaian tempatan bagi merealisasikan agenda kelestarian USM selain menjadi platform pertukaran maklumat antara Jurupulih Cara Kerja daripada pelbagai agensi di Pantai Timur.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 08.18.17

Terapi sensori integrasi ini sering digunakan oleh Jurupulih Cara Kerja untuk memberi rawatan pemulihan kepada pesakit-pesakit yang didiagnos dengan Masalah Pembelajaran, Autisme dan ‘Attention Deficit Hyperactive Disorder’ (ADHD).

WhatsApp Image 2023 08 23 at 08.18.16 1

Hadir merasmikan bengkel tersebut ialah Timbalan Pengarah (Klinikal) Hospital USM, Profesor Dr. Zaidi Zakaria.

Sumber Laporan & Foto: Hasnetty Zuria Mohamed Hatta

  • Created on .
  • Hits: 162