Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

‘21ST STUDENTS SCIENTIFIC CONFERENCE’ MEDIUM KONGSI PENEMUAN PENYELIDIKAN DAN PELUANG TEROKA BIDANG PERGIGIAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 8 Mac 2024 – Persidangan Saintifik Pelajar kali ke-21 atau ‘21st Students Scientific Conference’ kembali lagi tahun ini setelah ia menjadi acara tradisi sejak penubuhan Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2003.

IMG 20240308 WA0004

Persidangan sehari bertemakan ‘Shaping The Future: Insights for Tomorrow’s Dental Health Care’ disertai peserta bukan sahaja dalam kalangan pelajar pergigian tempatan tetapi juga daripada luar negara seperti Thailand, Indonesia dan India.

IMG 20240308 WA0003

IMG 20240308 WA0005

Persidangan ini merupakan platform untuk para peserta berkongsi penemuan penyelidikan terkini selain memberi peluang kepada para pelajar meneroka bidang yang diminati dalam pergigian melalui penyelidikan, memupuk kreativiti dan memahami kepentingan penyelidikan berterusan pada masa hadapan.

Persidangan ini juga diharap dapat meluaskan pengetahuan dan memberi inspirasi kepada para peserta untuk terus menyumbang kepada kemajuan bidang pergigian melalui penyelidikan.

IMG 20240308 WA0006

IMG 20240308 WA0007

Hadir merasmikan persidangan ini ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail. Turut hadir ialah Dekan PPSG, Profesor Madya Dr. Mohd Fadhli Khamis; Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM), Profesor Dr. Aziah Ismail; Timbalan Dekan Akdemik, Kerjaya dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin mewakili Dekan, PPSP; Timbalan Dekan Siswazah, Kerjaya dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Profesor Madya Dr. Rapeah Suppian mewakili Dekan, PPSK dan Timbalan-timbalan Dekan PPSG.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Unit Fotografi UKAST

  • Created on .
  • Hits: 400