Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

26 PELAJAR SEKOLAH RENDAH KATEGORI B40 TERIMA CERMIN MATA PERCUMA

1b4ced6b 46f4 4ec2 8fe4 ba0a9fb1df82

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 11 Disember 2023 – Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini telah menganjurkan Majlis Penyerahan Peruntukan Bantuan Penglihatan kepada pelajar asnaf kategori B40 dengan suntikan dana oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Seramai 26 orang pelajar terpilih menerima cermin mata secara percuma daripada 122 pelajar yang disaring pada November yang lalu melibatkan lapan (8) buah sekolah rendah di daerah Bachok.

be3b730b 38df 45e4 9996 a2692e43a645

5d20cf3b 6f73 4db0 84c9 17de7eff9e07

Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual sebelum ini mendapat kerjasama daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bachok, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan sepanjang proses saringan bagi memastikan agihan bantuan sampai kepada pelajar yang tidak berkemampuan dan pemilihan pelajar dilakukan secara telus.

f7372abf e361 465a 8a81 324cf75a93cc

fc345a6e f2a0 4ada 80d2 c86ca6f56a8f

Turut hadir ialah dalam majlis yang berlangsung di Dewan Kuliah 4, PPSP USM ialah Imam Besar MAIK, Haji Muhammad Hana Pizi Abdullah; Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman; Dekan PPSP, Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman; Timbalan Pengarah Klinikal, Profesor Dr. Zaidi Zakaria; Timbalan-timbalan Dekan PPSP, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Bachok, Muhamad Yani Yusoff dan Ketua Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual, Profesor Dr. Shatriah Ismail.

db242eba 5ae5 42f6 b4d6 b843dc6a92c7

  • Created on .
  • Hits: 392