Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

AMELS BANTU UPT TAMBAH BEKALAN DARAH MENJELANG SYAWAL

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 19 April 2023 – Bagi membantu menambah bekalan darah di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) khusnya menjelang perayaan Aidilfitri, Persatuan Sains Makmal Perubatan (AMeLS) USM dengan kerjasama Unit Perubatan Transfusi (UPT) dan Majlis Penghuni Desasiswa Murni Nurani telah menganjurkan Program Derma Darah Mega Pra Syawal 2023 pada 16 April lalu.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 13.47.55

WhatsApp Image 2023 08 23 at 13.47.56 1

Program ini diadakan bertujuan membantu UPT menambah bekalan darah sedia ada sebagai persediaan menampung keperluan musim perayaan selain memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menderma darah walaupun di bulan Ramadan.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 13.47.56 2

WhatsApp Image 2023 08 23 at 13.47.56

Program yang berlangsung di Dewan Utama, Kampus Kesihatan itu mendapat sambutan memberangsangkan daripada staf, para pelajar dan orang awam untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab sosial dengan menderma darah bagi membantu pesakit yang memerlukan.

Sumber Laporan & Foto : Eda Sharip

  • Created on .
  • Hits: 147