Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

ANESTESIA : KEPENTINGAN YANG TERPINGGIR

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 22 Oktober 2023 - Tarikh 16 Oktober telah diiktiraf sebagai sambutan Hari Bius Sedunia atau ‘World Anaesthesia Day’ sempena demonstrasi pertama penggunaan ‘ether’ sebagai agen pembiusan pada 16 Oktober 1846.

ede2241d 8142 45ee 8ec8 31e4aac0662c

a023fda9 4f3c 4195 8da4 88d88b7ff021

Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Intensif, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) tidak ketinggalan meraikan sambutan tersebut pada 16 Oktober lalu dengan mengangkat ‘Anestesia dan Penjagaan Kanser’ sebagai tema.

1edbd10a a597 4213 a7e4 1c0ccae7fb13

51b8e6e0 758d 4e59 a861 e133b48bf4b9

Sambutan ini diadakan bertujuan memberi kesedaran tentang peranan anestesia dalam perawatan kanser dan meningkatkan kesedaran tentang bagaimana anestesia dapat membantu pesakit kanser menjalani prosedur perubatan dengan lebih baik selain memberi peluang untuk membetulkan stigma orang awam tentang apa itu bius sebenarnya.

fb9abbf6 a40a 47a4 881a 625c2a4624ed

Hadir merasmikan sambutan ialah Timbalan Pengarah (Operasi) Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof. Turut hadir ialah Ketua Jabatan, Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Intensif, Profesor Madya  Dr. W Mohd Nazaruddin W Hassan dan Pengerusi sambutan, Dr. Nurul Aifaa’ Mohd Azmi.

Sumber Laporan & Foto: Esharmanizawati Samsuri

  • Created on .
  • Hits: 326