Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

ANUGERAH AKADEMIA IKTIRAF KECEMERLANGAN AHLI AKADEMIK PPSP

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 28 Oktober 2024 - Bagi mengiktiraf dan menghargai usaha serta pencapaian cemerlang para pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, khidmat komuniti serta pengurusan kualiti, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan Majlis Anugerah Oscar Akademia sempena Sambutan Bulan Akademia PPSP di Dewan Utama, Kampus Kesihatan, hari ini.

1000083227

Bertemakan ‘Transformasi Akademia dengan AI: Masyarakat Madani Berinovasi’, majlis tersebut menjadi hari istimewa bagi ahli akademik khususnya di Kampus Kesihatan USM sebagai menghargai jasa serta sumbangan mereka.

1000083225

Anugerah Oscar Akademia 2024 menyaksikan seramai 172 penerima daripada 34 kategori anugerah dan satu (1) kategori anugerah tambahan iaitu Anugerah Khas Perkhidmatan diangkat sempena majlis berprestij itu.

1000083229

1000083231

Sambutan Bulan Akademia PPSP pada tahun ini turut diisi dengan pelbagai aktiviti menarik yang bertemakan akademik antaranya pertandingan pantun, sajak, syair, mencari harta karun, ‘clashing cluster challenge’, ‘SparkTalk’, ‘short video challenge’ dan ‘collaborathon’.

1000083235

1000083233

Selain itu, penganjuran sambutan ini diharap menjadi batu loncatan kepada semua staf akademik untuk terus berusaha dalam mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi pada masa hadapan.

1000083241

1000083237

1000083239

Perasmian Majlis Anugerah Oscar Akademia 2024 dan Sambutan Bulan Akademia PPSP 2024 telah disempurnakan oleh Dekan PPSP, Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan-timbalan Dekan PPSP termasuk Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi PPSP yang juga Penasihat Bulan Akademia PPSP 2024, Profesor Madya Dr. Asrenee Ab. Razak; Pengerusi Bulan Akademia PPSP 2024, Profesor Dr. Liza Sharmini Ahmad Tajudin; Ketua-ketua Jabatan dan staf akademik PPSP.

Teks: Marlina Zahari/ Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

  • Created on .
  • Hits: 292