ANUGERAH EA: ‘CORE TEAM HIS@USM’ TERIMA PENGIKTIRAFAN LAKSANA TRANSFORMASI DIGITAL
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 24 Mei 2023 – Pasukan ‘Core Team HIS@USM>’ mengharumkan nama Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) apabila menerima anugerah ‘Enterprise Architecture (EA) Achievement Awards 2022’ dalam ‘Business IT Architecture Series (BITAS) Conference 2023’ yang berlangsung di Cyberjaya pada 18 Mei lalu.
Selain itu, ia juga memberi suntikan motivasi kepada 'Core Team HIS@USM' untuk meneruskan usaha murni ini dan memberi panduan kepada organisasi kesihatan lain dalam usaha mengaplikasi prinsip EA untuk melaksanakan transformasi digital.
Inisiatif transformasi digital Hospital USM telah bermula pada tahun 2017 bagi mengaplikasi prinsip EA dalam merealisasikan Pelan Strategik Hospital USM 2018 -2025, dengan pematuhan kepada Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025. Program ini mengadaptasi kerangka kerja MyGovEA yang disediakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia.
Hadir menerima anugerah tersebut bagi pihak Hospital USM ialah Timbalan Pengarah (Operasi), Profesor Dr. Mohd Imran Yusof. Hadir sama ialah Pengerusi IASA Global, Paul Preiss dan Pengarah Bersama IASA Asia Pacific, Aaron Tan.
Sumber Maklumat dan Foto: Dr. Juhaida Daud
- Created on .
- Hits: 199