Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

APC 2021: HOSPITAL USM IKTIRAF KOMITMEN DAN KECEMERLANGAN STAF

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 8 Ogos 2022 - Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2021 peringkat Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) diadakan bagi merai dan mengiktiraf warga kerja yang telah berusaha keras dan memberikan perkhidmatan cemerlang sepanjang tahun 2021. 

9844670d 9e83 47c3 949f be64d525a2b4

4f2cb614 9d87 4fe5 a34d 18321c4281db

Majlis yang diadakan di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM itu melibatkan seramai 277 penerima yang mana daripada jumlah tersebut, 25 orang penerima adalah dalam kalangan staf Pengurusan dan Profesional manakala 252 staf kumpulan Pelaksana.

ff6e8542 fa8b 4775 8f5e ffa58da54498

bd649b1a 28d2 4dba 9cca 9ed07240feaa

Semua penerima diberi sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (SSP BSN) bernilai RM 1,000 dan sijil Penghargaan APC sebagai tanda USM menghargai semua warga staf yang telah memberikan khidmat terbaik melalui prestasi kerja yang cemerlang. 

Hadir menyaksikan majlis ialah Pengarah Hospital USM, Profesor Dato’ Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman dan barisan Jawatankuasa Pengurusan Hospital USM.

Sumber Laporan: Unit Pentadbiran dan Kemudahan Am, Hospital USM

  • Created on .
  • Hits: 134