ASAS PERTOLONGAN CEMAS DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS TINGKATKAN KESEDARAN PELAJAR
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 28 November 2023 – Pengetahuan dan kesedaran tentang asas pertolongan cemas masih pada tahap kurang memuaskan dalam kalangan masyarakat kita. Malah, pengurusan dan keperluan mempelajari asas pertolongan cemas amat penting apabila berlaku kes kecemasan yang memerlukan bantuan segera.
Menyedari perkara tersebut, pasukan pergigian dan perubatan, Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pusat Pengurusan Bencana, Kampus Kesihatan USM mengambil inisiatif turun padang mendekati murid-murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK), Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK), Lati, Pasir Mas pada 15 November lalu.
Program dengan kerjasama SKPK Kelantan dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas itu bertujuan memberi pendedahan asas pertolongan cemas dan tindakan serta rawatan lanjut bagi setiap situasi kecemasan yang mungkin berlaku dalam kalangan MBPK.
Selain itu, projek yang ketuai oleh Pensyarah Pergigian, Dr. Noor Huda Ismail ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran dan amalan penjagaan kesihatan mulut dan gigi dalam kalangan MBPK melalui aktiviti pemeriksaan berkala.
Sumber Laporan & Foto: Dr. Noor Huda Ismail
- Created on .
- Hits: 303