Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

AYUH CAKNA, NYAWA MEREKA SANGAT BERMAKNA

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 4 Oktober 2022 - Kanser, penyakit berbahaya yang boleh membawa maut jika pesakit gagal menerima rawatan dalam jangka waktu sepatutnya. 

Kos rawatan kanser yang biasanya bukan sedikit merupakan antara dilema dihadapi oleh pesakit serta waris, khususnya golongan berpendapatan rendah. 
 
IMG 20221004 230939
 
Majlis Kanser Nasional (MAKNA) adalah antara badan sosial bukan bermotif keuntungan yang komited dan konsisten melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengutip dana, seterusnya menyalurkan bantuan kepada penderita kanser. 
 
Sempena kempen 'MAKNA Drive' tahun ini, aktivis MAKNA berada di sekitar Laluan Jabatan Farmasi Pesakit Luar, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM). 
 
IMG 20221004 230739
 
Warga kampus boleh mendapatkan penerangan serta berpeluang untuk menyalurkan sumbangan ke tabung MAKNA melalui potongan gaji sebagai tanda sokongan kempen membantu pesakit kanser yang memerlukan. 
 
Kita bantu orang lain hari ini, mungkin suatu hari kelak kita pula yang akan dibantu oleh mereka. Setiap sumbangan berMAKNA. 
 
SAVE 20221004 224815
 
Tertakluk prosedur, setiap sumbangan layak menerima manfaat pengecualian cukai pendapatan. Singgah, jangan tak singgah.
  • Created on .
  • Hits: 140