Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

BERSYUKUR DENGAN PELUANG DIBERI ANTARA AMANAT PENGARAH KAMPUS KEPADA PELAJAR BAHARU

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 11 Oktober 2022 – “Peluang untuk berada di menara gading terlalu banyak persaingannya terutama di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM). Namun, para pelajar perlu bersyukur kerana terpilih untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi,” demikian kata Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin.

 

Menurut beliau, peluang untuk berada di Kampus Kesihatan bukanlah satu titik noktah sekiranya siswa-siswi tidak mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian seperti pilihan mereka, tetapi terdapat banyak lagi cabang lain yang akan datang.

68ea6f48 d45e 4092 88e5 883bda80918d

 

Pada sesi kali ini, Pengarah Kampus berkongsi pengalaman hidup beliau sebagai pelajar di mana pilihan bukanlah sesuatu yang perlu dikesali hingga memudaratkan masa depan sebaliknya jadikan ia pendorong untuk terus berjaya kerana kejayaan pasti berpihak kepada orang yang sentiasa sabar menempuh liku-liku hidup.

c828c142 2f72 4d67 86dc 7de3a3456933

Semoga perkongsian ini dijadikan teladan dan contoh kepada para pelajar dalam membantu membuat keputusan yang tepat. Beliau turut berpesan, sekiranya ada sebarang pertanyaan atau masalah, siswa- siswi boleh menghubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) atau pusat pengajian masing-masing.

c4af9beb 2826 4285 83a3 89fe42fa2f0c

4f734b4d e138 4cd1 bc9b 79e062fc7fc0

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Timbalan Pendaftar BHEPA, Hafiz Assad Zakaria, Timbalan Pendaftar, Pejabat Pengarah Kampus, Amyrulhan Azhari dan Penolong Pendaftar BHEPA, Suha Eza Ibrahim.

  • Created on .
  • Hits: 236