Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

BHEPA AGIH BANTUAN KEPADA PELAJAR TERKESAN BANJIR

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 7 Januari 2023 - Musim Monsun Timur Laut yang melanda negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia penghujung tahun 2022 menyaksikan beberapa jajahan di negeri Kelantan ditenggelami air.  
 
SAVE 20230107 144231
 
Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) turut terkesan dengan bencana yang menimpa. Sehubungan itu, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), Kampus Kesihatan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mengambil inisiatif untuk memberi sumbangan kepada para pelajar yang terkesan dengan bencana tersebut.
 
SAVE 20230107 144252 
 
Kebanyakan pelajar yang menerima sumbangan bantuan adalah Pelajar Tanpa Asrama (PETAS) yang mana kediaman mereka dinaiki air dan terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) serta pelajar-pelajar yang tinggal di desasiswa termasuk pelajar di kampus induk yang berasal dari jajahan terlibat dengan banjir. 
 
 SAVE 20230107 144306
 
Program agihan bantuan bencana banjir tersebut melibatkan 30 orang pelajar terdiri daripada pelajar Prasiswazah dan Pascasiswazah yang hadir bagi menerima bantuan tersebut. 
 
SAVE 20230107 144216
 
Agihan bantuan bencana banjir ini diadakan di perkarangan pejabat BHEPA, Kampus Kesihatan pada Khamis lalu dan disampaikan oleh Timbalan Pendaftar BHEPA, Hafiz Assad Zakaria. Diharapkan sumbangan tersebut dapat meringankan beban pelajar dan membuktikan kebersamaan universiti dalam menjaga kebajikan pelajar.
 
  • Created on .
  • Hits: 139