Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

CAKNA KESIHATAN ORAL KOMUNITI ORANG ASLI, USM MANFAAT SUNTIKAN DANA KPT PRIHATIN MADANI

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 5 September 2023 – Bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai kepentingan penjagaan mulut dalam kalangan komuniti orang asli Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak, Unit Sains Asas dan Perubatan, Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan program ‘Kerana Mulut Badan Binasa, dengan Ilmu Hidup Sejahtera’ pada 29 Ogos lalu.

01e126b7 5c47 414e bf9a aeaab949d9e8

Program yang mendapat suntikan dana daripada Program Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Prihatin Madani dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Sekolah Kebangsaan Pos Kuala Mu itu bertujuan melakukan saringan awal kesihatan gigi dan gusi serta memberi tumpuan kepada pendedahan penggunaan ubat-ubatan secara selamat.

c2a62928 84fb 4032 892a 5d8a999746b5

Program yang diketuai oleh Profesor Madya Ts. Dr. Wan Nazatul Shima Shahidan ini antara lain betujuan meningkatkan taraf kesihatan pergigian komuniti orang asli melalui pengamalan sistem saringan rawatan kesihatan pergigian yang moden selaras dengan peranan dan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

9f0cca38 d426 4b8c b417 fabd816aeb84

Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan status kesihatan mulut masyarakat orang asli dan meningkatkan kadar pengesanan awal penyakit gusi selain menurunkan kadar kehilangan gigi dan penyakit kronik lain dalam kalangan masyarakat orang asli.

d09d6de9 e48e 456b b230 3ec32f57b1bc

ed74570c 69e0 4e0c bc1f 836fc19f659d

Pelbagai saringan kesihatan gigi dijalankan kepada komuniti orang asli Pos Kuala Mu antaranya pemeriksaan gigi, penilaian kesihatan gusi dan pendidikan kesihatan mulut.

Sumber Laporan & Foto : Profesor Madya Ts. Dr. Wan Nazatul Shima Shahidan

  • Created on .
  • Hits: 408